Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
315) UNIVERSITI SELANGOR – GERAN PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (GPPSTI)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah alasan yang diberikan dalam surat rayuan pengurusan Universiti Selangor bertarikh September 2023 untuk menggunakan baki dana Geran Penyelidikan, Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi (GPPSTI) dan apakah pendirian Kerajaan Negeri berhubung perkara ini?
Alasan Unisel adalah untuk melaksanakan penyelidikan lanjutan, mendapatkan Patent dan melakukan komersialisasi bagi kajian-kajian yang telah tamat dan berpotensi tinggi untuk penyelidikan lanjut. Namun, rayuan tersebut ditolak dengan alasan bahawa peruntukan yang disalurkan hanya boleh digunakan bagi program yang telah diluluskan sahaja. Baki dana geran ini telah pun dipulangkan semula oleh Unisel kepada akaun Bendahari Negeri Selangor pada pada 12 Jun 2024 melalui bank draf.