Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

177) UNIVERSITI MADINAH DI CYBER JAYA, SEPANG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ada ura-ura pihak Universiti Madinah akan membuka cawangannya di Cyber Jaya, Sepang. Sejauh manakah perancangan sudah dilaksanakan?

    Pada masa ini projek ini masih di peringkat perancangan walaupun tapak cadangan pembangunan yang sesuai telah dikenal pasti di Cyberjaya dengan keluasan 65.75 ekar. Sehingga kini pihak Majlis Perbandaran Sepang masih belum menerima pelanpelan pembangunan (pelan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan Infra) untuk projek tersebut daripada pihak Al-Madinah International University (Mediu) di Cyberjaya.

  2. Apakah pendekatan dan pengajian yang ditawarkan?

    Al-Madinah University (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2005, bertujuan menawarkan khidmat pembelajaran secara ”e-learning” di peringkat diploma dan sarjana.

     

    Objektif penubuhan Al-Madinah International University adalah;-

    • Membantu di dalam pembangunan golongan Muslim secara global.
    • Membangunkan masyarakat Muslim yang berpengetahuan dan berbudaya berdasarkan syarikah Islam.
    • Menyampaikan pembelajaran Islam di peringkat universiti kepada para pelajar dari pelbagai negara dan budaya.

     

    Antara kursus pengajian yang ditawarkan adalah;-

    1) Faculty of Islamic Sciences

    1. Bachelor of Islamic Sciences (Hons.) in Fiqh & Usul Fiqh ii. Bachelor of Islamic Sciences (Hons) in Al-Hadith

    iii.          Bachelor of Islamic Sciences (Hons) in the Sciences of Al-quran iv. Bachelor of Islamic Sciences (Hons.) in Da’wah and Usuluddin v.       Foundation in Islamic Sciences vi.       Master of Islamic Sciences

    1. The Science of Readings (Al-Qiraat)
    2. Interpretation & the Science of Quran
    3. The Science of Hadith
    4. Jurisprudence
    5. Foundation of Islamic Jurisprudence
    6. Judging & the Science of Legitimacy Policy
    7. Islamic Credo
    8. Dakwah

     

    vii.        Doctoral of Philosophy in Islamic Science in;-

    1. The Science of Readings (Al-Qiraat)
    2. Interpretation & the Science of Quran
    3. The Science of Hadith
    4. Jurisprudence of Prophet’s Tradition
    5. Foundation of Islamic Jurisprudence
    6. Judging & The Science of Legitimacy Policy
    7. Islamic Credo

     

    2) Faculty of Languages

    1. Bachelor of Language (Hons.) in Arabic Language & Literature. ii. Foundation in Arabic Language iii. Masters of Arabic Language in;
    2. Al-Lughatwiyat
    3. Literature & Litrary Criticism
    4. Doctoral of Philosophy in Arabic Language
    5. Al-Lughatwiyat
    6. Literature & Litrary Criticism

     

    3) Faculty of Information Technology;-

    1. Foundation in Computer Science ii. Bachelor of Computer Science (Hon.) in;-
    2. Computer Information Science
    3. Networking & communication
    4. Computer Management

     

    4) Faculty of Finance & Administrative Science

    1. Foundation in Finance & Administrative Sciences ii. Diploma in Business Information Management iii. Bachelor of Business Administration in
    2. Investment & Finance
    3. Takaful
    4. International Business
    5. Marketing
    6. Human Resources
    7. General Management
    1. Bachelor of Accountancy
    2. Masters in Business Administration.

     

    5) Non-Degree (Short Courses)

    1. Arabic Short Courses
    2. English Short Courses
      1. English for general purposes
      2. English for academic Purposes
      3. Communication for the workplace

     

    Al-Madinah International University (MEDIU) hanya menerima permohonan pendaftaran secara on-line menerusi laman web dan kaedah pembelajaran diberikan secara;-

    • Kaedah pembelajaran secara pertemuan (physical face to face)
    • kaedah video conferencing
    • Video streaming (recorded lecture)
  3. Siapakah yang membiayai peruntukan bagi pengajian ini?

    Al-Madinah International University (MEDIU) telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi sebagai sebuah universiti pada 20 Jun 2007. Al-Madinah International University (MEDIU) beroperasi di bawah Malaysia’s Private Higher Education Act of 1996 (Act 555) yang membenarkan MEDIU beroperasi secara persendirian. Oleh itu,   pembiayaan peruntukan bagi pengajian di MEDIU adalah secara persendirian.

Lampiran

Tiada Lampiran.