Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
280) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Universiti Islam Selangor (UIS) adalah institusi pengajian yang berada dalam DUN Semenyih, nyatakan langkah dan perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri di dalam memastikan hasrat UIS sebagai universiti Wakaf sepenuhnya dapat direalisasikan.
Pelan Strategik Wakaf Universiti (2020-2025) telah dibangunkan dengan menggariskan 13 strategi, 5 inisiatif dan 13 pelan tindakan. Pihak UIS juga sedang menjalankan satu penyelidikan berkaitan perincian pelan tindakan bagi menjayakan agenda Wakaf Universiti.
UIS dalam perancangan untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri atau entiti-entiti di bawahnya bagi bersama-sama mendukung agenda Wakaf Universiti ini. Agenda ini merupakan satu agenda yang besar dan telah mendapat perhatian daripada Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Oleh itu, gerak kerja secara terperinci perlu dirancang dan memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya.
-
Berapakah jumlah wakaf pendidikan yang telah diterima oleh UIS sepanjang tempoh 5 tahun?
Wakaf pendidikan yang telah diterima oleh UIS sepanjang tempoh lima (5) tahun (sehingga 31 Oktober 2024) adalah berjumlah RM893,600.51. Perincian mengikut tahun daripada tahun 2020 sehingga 2024 adalah seperti berikut:
TAHUN JUMLAH (RM) 2020 154,279.50 2021 216,028.23 2022 198,151.98 2023 160,407.64 2024 (Sehingga 31 Oktober) 164,733.16 JUMLAH KESELURUHAN 893,600.51 -
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk memberi pendidikan percuma bagi pendidikan rendah, menengah hingga Universiti di semua institusi kelolaan Kerajaan Negeri?