Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

199) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakan peruntukan pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2018 sehingga 2022?

    Tiada peruntukan pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2018 sehingga 2022. Walau bagaimanapun, UIS mendapat peruntukan bagi Pemerkasaan dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri Selangor, bernilai RM5 juta pada tahun 2023.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu UIS sebagai universiti dalam aspek penyelidikan, penerbitan, pengkomersialan dan pembangunan staf?

    1. Kerajaan Negeri komited dan sentiasa menyokong usaha dan inisiatif setiap institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri termasuklah Universiti Islam Selangor. Untuk itu, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan kepada UIS bagi memperkasakan UIS sebagai sebuah universiti yang menjadi pilihan para pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jumlah dan jenis peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan keperluan semasa bergantung kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Namun, terdapat program-program berkaitan penyelidikan, penerbitan dan pembangunan staf di bawah Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2020 sehingga 2023 seperti berikut:

     

    Bil Perkara/Program

    Jumlah peruntukan (RM)

    Tahun

    1 Pelaksanaan Program Ekspo Penyelidikan, Pembangunan Dan lnovasi (SRIE) Tahun 2023.

    1,991,500.00

    2023

    2 Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Memberdaya Mahasiswa Berprestasi, Merealisasi Selangor Madani Dan Pelancaran Program Jelajah Dan Bakti Siswa Selangor Tahun 2023.

    98,240.00

    2023

    3 Kelulusan Penyaluran Peruntukan Secara Pemberian Geran Langsung (‘Direct Grant’) Dengan Menggunakan Peruntukan Pembangunan P01-11002 Projek Sains, Teknologi Dan Inovasi Kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bagi Melaksanakan Program Kemahiran Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Selangor 2023 (INNOTECH 2023) Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

    200,000.00

    2023

    4 Program Geran Penyelidikan Negeri Selangor (GPNS) Tahun 2023.

    3,000,000.00

    2023

    5 Penyaluran Direct Grant Bagi Pembangunan Portal IKTISASS Fasa 3,4 & 5 Tahun 2023.

    1,200,000.00

    2023

    6 Penyaluran Direct Grant Bagi Pembangunan Portal IKTISASS Fasa 2 Tahun 2022.

    495,000.00

    2022

    7 Penyaluran Direct Grant Bagi Pembangunan Portal IKTISASS Fasa 1 Tahun 2022.

    200,000.00

    2022

    8 Program Pembangunan Kemahiran dan Profesionalisme anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

    57,000.00

    2022

    9 Jawatankuasa Induk Pelaksanan Bandar Ilmu Putra Mahkota.

    1,199,640.00

    2021

    10 Program Latih Dan Penempatan Pekerjaan Untuk Lepasan Spm (840) Anak Selangor

    –     Program Lathan Halal Krew Kepada Jawatankuasa Teknikal Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)

    1 ,556,600.00

    2020

  3. Berapakan agensi kerajaan atau GLC negeri yang mempunyai kolaborasi dengan pihak UIS?

    Setakat ini UIS telah berkolaborasi dengan agensi kerajaan atau GLC Negeri seperti berikut:

     

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor

     

    • Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
    • Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    • Permodalan Negeri Selangor Berhad
    • Invest Selangor Berhad
    • Tourism Selangor Sdn. Bhd.
    • Universiti Selangor
    • Halal International Selangor (HIS)
    • Majlis Sukan Negeri Selangor
    • Zakat Selangor
    • Yayasan Negeri Selangor
    • Yayasan Islam Darul Ehsan

     

    Pejabat Daerah Dan Tanah

     

    • Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat

     

    Badan Berkanun

     

    • Majlis Agama Islam Selangor
    • Perbadanan Wakaf Selangor
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor
    • Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
    • Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

     

    Pihak Berkuasa Tempatan

     

    • Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKJ
    • Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS)
    • Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Selangor (PEMADAM)

     

    Jabatan Negeri Selangor

     

    • Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
    • Smartsel Sdn Bhd
    • Kumpulan Worldwide Holding Bhd.
    • Selangor Technical Skills Development Centre (STDC)
    • Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    • Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    • Media Selangor Berhad

     

    Kolaborasi bersama pihak agensi kerajaan atau GLC negeri juga turut berlaku dalam bentuk pembiayaan pengajian pelajar. Pihak Perbendaharaan Negeri Selangor (PWN) melalui anak-anak syarikatnya telah membiaya dan menyalurkan dana ke Tabung Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat (TPTAA), UIS. Sebanyak sembilan (9) anak-anak syarikat yang menyumbang kepada Tabung Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat (TPTAA), UIS seperti berikut:

     

    • Menteri Besar Selangor (PEMERBADANAN)
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
    • Kumpulan Perangsang Selangor Berhad
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
    • Permodalan Negeri Selangor Berhad
    • Kumpulan Semesta Bhd
    • Worldwide Holdings
    • Central Spectrum (M) Sdn Bhd
    • KDEB Waste Management Sdn Bhd

     

    Jumlah dana yang diterima adalah seperti berikut:

     

    Tahun

    Jumlah Pelajar Jumlah Keseluruhan (RM)

    2013

    141

    1,076,559.90

    2014

    246

    978,637.20

    2015

    832

    3,380,446.99

    2016

    912

    3,419,092.21

    2017

    1,323

    4,663,093.75

    2018

    1,082

    4,579,265.73

    2019

    1,038

    3,198,614.25

    2020

    571

    1,984,814.25

    2021

    300

    1,085,330.50

    2022

    236

    925,493.60

    2023

    121

    716,994.00

    JUMLAH KESELURUHAN (RM)

    26,008,342.38

Lampiran

Tiada Lampiran.