Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
81) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah benar UNISEL menghadapi kemerosotan pelajar-pelajar yang memasuki Universiti tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut?
Faktor-faktor mempengaruhi jumlah peratusan pengambilan pelajar UNISEL adalah
seperti berikut:-
1) Syarat Kelayakan Masuk yang lebih tinggi
Pada peringkat awal penubuhan UNISEL, pihak Universiti telah menetapkan syarat
kemasukan minima iaitu 3 kredit bagi program diploma.
UNISEL mula melalui fasa kedua pada tahun 2009 di mana pihak Universiti telah
menetapkan sasaran untuk mendapatkan jumlah pelajar yang lebih berkualiti.
Sehubungan itu, mulai tahun 2009 syarat kemasukan minima telah dipertingkat kepada
5 kredit bsgi program diploma.
Perubahan syarat ini telah mengurangkan jumlah permohonan sebanyak 7.9%. Walau
bagaimanapun, jumlah penawaran telah meningkat sebanyak 3.3% berbanding tahun
2008. Manakala peratusan penerimaan masih kekal sebanyak 14% bagi tahun 2008
dan 2009.
2) Proses Pemilihan yang lebih ketat
Sejajar hasrat pihak Universiti untuk mendapatkan pelajar yang berkualiti proses
pemilihan turut diperketatkan. Sesi temuduga telah diperkenalkan bagi programprogram di bawah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. Sehubungan itu, hanya calon yang
berjaya dalam proses temuduga tersebut akan ditawarkan tempat di UNISEL.
3) Penetapan Kapasiti Pelajar bagi setiap program
Pihak fakulti telah menetapkan kapasiti bagi setiap program dalam usaha untuk
memastikan fasiliti fakulti dapat menampung jumlah pelajar. -
Sila senaraikan bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di UNISEL mengikut tahun daripada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010
Bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di UNISEL adalah seperti carta
dibawah.
TAHUN BILANGAN
PELAJAR
2007 13,418
2008 12,501
2009 11,877
2010
(sehingga
Mac 2010)
11,175 -
Sejauh manakah UNISEL menghadapi masalah kewangan dalam pentadbiran Universiti tersebut. Sila senaraikan jumlah perbelanjaan dan pendapatan UNISEL mengikut tahun 2007,2008 dan 2009. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan prestasi kewangan UNISEL diatasi segera?
Secara amnya Universiti telah mengambil langkah-langkah berikut dalam menangani
perkara-perkara kewangan seperti berikut:
i) Universiti mempunyai rezab yang mencukupi bagi tujuan membiayai kos operasi
dan penggajian bagi tahun semasa (2010);
ii) Universiti sedang giat menjalankan aktiviti pemasaran bagi menambah bilangan
pelajar pada tahun ini;
iii) Universiti juga sedang dalam usaha mengemukakan permohonan untuk
menyemak semula kadar yuran yang dilaksanakan semenjak tahun 2004;
iv) Universiti sedang melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dalam semua
aktiviti untuk mengurangkan perbelanjaan;
v) Pada tahun 2009, Universiti telah membuat penyelenggaraan terhadap fasilitifasiliti penting seperti makmal, bilik kuliah, masjid, perpustakaan dan lain-lain
bernilai RM19 juta.
Jumlah pendapatan dan perbelanjaan UNISEL bagi tahun 2007 hingga 2009 adalah
seperti berikut:
TAHUN 2007 2008 2009
BILANGAN PELAJAR 10,806 12,326 11,070
PENDAPATAN 74,355,809 94,147,167 81,479,539
PERBELANJAAN:
– Kos Operasi
– Kos Penggajian
– Kos Kewangan
– Kos BOT (Bersih)
JUMLAH
30,647,292
27,247,338
1,316,926
8,455,748
67,667,304
37,229,462
40,962,578
4,970,297
4,884,591
88,046,928
41,353,400
44,682,342
8,552,058
6,855,029
101,442,829
Keuntungan/(Kerugian) Sebelum
Cukai
6,688,505 6,100,239 (19,963,289)
Cukai Tahunan – – 2,271,612
Keuntungan/(Kerugian) Selepas
Cukai
6,688,505 6,100,239 (22,234,901)