Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

27) UNIT TINDAKAN DENGGI (UTD)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan tanggungjawab dan peranan UTD?

    Unit Tindakan Denggi adalah salah satu langkah proaktif yang diwujudkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan diperluaskan ke semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengawal peningkatan kes demam denggi di negeri Selangor.

    Unit ini diwujudkan apabila satu lokaliti mempunyai 100 kes atau tempoh wabak melebihi 100 hari. Tanggungjawab UTD adalah untuk memastikan lokaliti yang dipilih terkeluar daripada senarai hotspot dengan melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan dalam tempoh 3 bulan. UTD berperanan untuk mencari punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kes denggi dan menyelesaikan masalah tersebut.

    Selain itu, UTD akan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tiada pembiakan aedes di dalam rumah serta memberi pendidikan asas mengenai tempat-tempat yang berpotensi untuk membiak aedes.

  2. Bagaimanakah SOP kerja UTD?

    Tugas UTD digalas oleh dua (2) atau tiga (3) orang kakitangan PBT dan ditempatkan di lokaliti hotspot bagi melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan. Pihak UTD akan bekerjasama pihak „Joint Management Body’ (JMB) dalam tempoh 3 bulan yang ditetapkan untuk melaksanakan aktiviti utama UTD seperti berikut:

    • Mengenalpasti dan menyelesaikan punca utama tempat pembiakan aedes;
    • Membuat pemeriksaan rumah ke rumah dan mengadakan aktiviti pendidikan;
    • Melatih pihak JMB untuk melakukan aktiviti kawalan dan pencegahan secara kendiri seperti semburan kabus dan larvasiding; dan
    • Menganalisa tren kes demam denggi di kawasan

Lampiran

Tiada Lampiran.