Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
140) UNIT PELABURAN DI PERINGKAT PBT
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan unit pelaburan di peringkat PBT?
Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan berperanan untuk;-
- Mempromosikan PBT/Daerah sebagai destinasi pelaburan mengikut kekuatan sumber ekonomi daya di kawasan PBT
- Membantu menangani masalah yang dihadapi oleh pelabur untuk mendapatkan tapak, kelulusan pelan bangunan dan lain-lain.
- Memastikan program pembangunan seperti infrastruktur dilaksanakan untuk menarik dan memenuhi kehendak
- Memastikan pihak berkuasa memaklumkan secara jelas kepada pelabur mengenai prosedur kelulusan tanah, pelan susun atur, pelan bangunan dan pelesenan diperlukan serta kaedah untuk
- Mengenal pasti projek-projek baru yang berpotensi di PBT/Daerah berkenaan mengikut kekuatan masing-masing.
Penubuhan Pusat Maklumat Setempat di setiap Unit Pelaburan di PBT. Antara fungsi yang perlu dilaksanakan adalah:-
- Menyediakan maklumat dan penerangan kepada pelabur sama ada di dalam atau di luar
- Galakan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri mengikut jenis industri.
- Maklumat mengenai pelaburan dan perindustrian yang digalakkan di Negeri
- Maklumat mengenai infrastruktur dan lain-lain kemudahan pelaburan seperti air, elektrik, telefon, gas, jalan raya, pelabuhan, guna tenaga dan lain-lain.
- Maklumat mengenai jenis kilang dan keluaran yang dikeluarkan oleh Syarikat Multi Nasional dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
- Urusetia Jawatankuasa Pelaburan dan Perdagangan peringkat PBT bagi memantapkan dan meningkatkan keberkesanan Jawatankuasa di
- Memantau kelulusan pelaburan dan perdagangan di setiap PBT yang telah diberikan bagi melihat perlaksanaannya supaya tempoh kelulusan dapat disingkatkan dan pelabur mencapai keuntungan daripada pelaburan yang
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk oleh unit ini pada tahun 2016
Bagi tahun 2016 sebanyak 242 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 7,880,767,374. Walaupun unit- unit pelaburan di PBT tidak berperanan secara langsung dalam membawa masuk projek-projek pelaburan, tetapi Unit Pelaburan PBT memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek perkilangan yang diluluskan dapat dilaksanakan dan direalisasikan.
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk meningkatkan nilai pelaburan dari tahun ke tahun di peringkat PBT?
Antara perancangan dan strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan nilai pelaburan dari tahun ke tahun di peringkat PBT seperti berikut;-
- Pengurusan
- Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
- Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa
- Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan
- Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara jalan kawasan – kawasan perindustrian yang sedia
- Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru yang kondusif, berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and Guarded.
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
- Mewujudkan Selangor Aerospace Council dan Selangor Bio-Tech Council bagi merangka strategi dan hala tuju industri aero angkasa dan bio teknologi di Selangor
- Networking
- Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang
- Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa serta pertemuan-pertemuan yang turut melibatkan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, EXCO dan Invest Selangor Berhad.
- Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
- Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara
- Promosi
- Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
- Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
- Penganjuran Selangor International
- Pengurusan