Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

24) UNIT INTEGRITI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan unit-unit integriti di semua agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Selangor berserta dengan nama pemimpin dan cara hubungan unit-unit ini.

    Senarai unit-unit integriti dan nama pemimpin bagi setiap unit berkenaan adalah seperti di Lampiran A.

    Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Unit-Unit Integriti Jabatan/Agensi sebanyak tiga (3) kali setahun bagi memastikan hubungan kerja dapat dilaksanakan dengan unit-unit ini.  Berikut adalah maklumat berkenaan pelaksanaan mesyuarat tersebut;

    Bil. Mesyuarat Tarikh Tempat
    1 Bilangan 1/2017 16  Mac 2017 Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 22
     

    2

    Bilangan 2/2017 19 Julai 2017 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    3 Bilangan 3/2017 Dijadualkan pada 21 November 2017 Dijadualkan di Pejabat Daerah/ Tanah Sepang (PDT Sepang)

    Melalui Mesyuarat Penyelarasan Unit-Unit Integriti yang dilaksanakan ini, Unit Integriti Jabatan/ Agensi akan mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan integriti yang berlaku di jabatan/ agensi bagi memastikan ianya dapat dibincang  dan  diselesaikan. Jabatan/Agensi yang menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini juga akan memaklumkan aktiviti-aktiviti dan program-program integriti yang dijalankan.

    LAMPIRAN A

                              i.        BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI SELANGOR NAMA KETUA

    UNIT INTEGRITI

    JABATAN NEGERI SELANGOR
    1 Perbendaharaan Negeri Selangor Puan Siti Nawwar binti Najib

    Penolong Pegawai Kewangan N41

    2 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor Puan Nor Hafiza binti Ishak

    Penolong Pegawai Tadbir N32

    3 Jabatan Pertanian Negeri Selangor Encik Ahmad Fuadi bin Mat Nooh Penolong Pegawai Tadbir N27
    4 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Puan Zaharah binti Hj. Salim

    Penolong Pegawai Tadbir N32

    5 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Puan Nor Sunatis binti Hj. Abd. Ghafor @ A Jalil

    Penolong Pegawai Tadbir N32

    6 Jabatan Mufti Negeri Selangor Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin Penolong Pegawai Tadbir  N27
    7 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Puan Norliza binti Yusoff

    Ketua Penolong Pengarah M52

    8 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Encik Irwan Shah bin Hashim

    Penolong Pegawai Tadbir  N27

    9 Jabatan Agama Islam Selangor Encik Sapian bin Abu Hasan     

    Peg. Perkhidmatan Pendidikan DG29

    10 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Puan Norliana binti Mohd Zappah Penolong Pegawai Tadbir  N27
    11 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Encik Rosly bin Ahmad   

    Penolong Pengarah M44

    12 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Encik Syawal bin Samin  

    Penolong Pegawai Tadbir  N27

    13 Jabatan Kehakiman dan Syariah Negeri Selangor Puan Siti Rahmah binti Hussin 

    Pegawai Syariah LS41

    BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI SELANGOR NAMA KETUA

    UNIT INTEGRITI

    PEJABAT DAERAH/TANAH NEGERI SELANGOR
    14 Pejabat Daerah/Tanah Petaling Puan Mazyan Binti Muhammad Nordin

    Penolong Pegawai Tadbir N32

    15 Pejabat Daerah/Tanah Gombak Cik Nor Hidayu Binti Sumiran

    Penolong Pegawai Daerah N41

    16 Pejabat Daerah/Tanah Klang Puan Masrini binti Mohd Shahkarda

    Penolong Pegawai Daerah M41

    17 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat Puan Satiyah binti Ahmad

    Penolong Pegawai Tadbir N36

    18 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat Cik Siti Amirah binti Sharifuddin

    Penolong Pegawai Daerah N41

    19 Pejabat Daerah/Tanah Sepang Puan Nor Amanina binti Jahari

    Penolong Pegawai Daerah N41

    20 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor Puan Hasniza Binti Abd Aziz

    Penolong Pegawai Tadbir N32

    21 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Encik Zulkifli bin Zakaria

    Ketua Pembantu Tadbir Tertinggi N26

    22 Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam Encik Nik Shariman bin Nik Md Salleh

    Penolong Pegawai Tadbir N32

    BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI SELANGOR NAMA KETUA

    UNIT INTEGRITI

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
    23 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Puan Hajah Norlida binti Mohd Isa 

    Pengarah Audit Dalam & Integriti W48

    24 Majlis Perbandaran Klang Puan Siti Samiha Binti Samion  

    Pegawai Integriti N44

    25 Majlis Bandaraya Shah Alam Puan Juliah binti Alimun

    Pegawai Tadbir N44

    26 Majlis Perbandaran Subang Jaya Puan Emilia binti Nasir

    Pegawai Tadbir N41

    27 Majlis Perbandaran Kajang Encik Mohamad Fikri bin Marani

    Pegawai Tadbir N41

    28 Majlis Daerah Kuala Langat Encik Miskon bin Karim  

    Pegawai Tadbir N48

    29 Majlis Daerah Kuala Selangor Puan Sabariah binti Hassim

    Penolong Pegawai Integriti N29

    30 Majlis Daerah Sabak Bernam Puan Zairul Hawani binti Johari Pembantu Tadbir N22
    31 Majlis Perbandaran Sepang Puan Nuriel ‘Izmie binti Muhamad Rusly

    Pegawai Tadbir N41

    32 Majlis Daerah Hulu Selangor Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis Pengarah N44
    33 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Encik Muhammad Rasul Zaini bin Mahader

    Pegawai Tadbir N41

    34 Majlis Perbandaran Selayang Encik Mohamad Faiz bin Omar

    Pegawai Tadbir N41

    BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI SELANGOR NAMA KETUA

    UNIT INTEGRITI

    BADAN-BADAN BERKANUN NEGERI SELANGOR
    35 Lembaga Urus Air Selangor Encik Mohd Tahir bin Ab Talib

    Pegawai Tadbir N41

    36 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Puan Hajah S. Normalis binti Abd Samad

    Pegawai Integriti N44

    37 Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor Puan Noraini binti Mohamad Ramlan Pengurus Sumber Manusia & Integriti N48
    38 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Puan Sabariah binti Sayuti            Pustakawan S41
    39 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Encik Abdul Hakim bin Wahid

    Juruaudit W41

    40 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor Datin Siti Khadijah binti Abd. Aziz Pegawai Tadbir N41
  2. Apakah usaha Kerajaan dalam memperdaya unit-unit integriti supaya lebih berkesan dalam menangani penyelewangan?

    Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk memberdaya Unit-Unit Integriti di setiap Jabatan/Agensi untuk menangani penyelewengan dengan lebih berkesan melalui kaedah berikut, iaitu:

    • Mewujudkan hubungan langsung dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor serta Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) di Ibu Pejabat SPRM dalam mengambil langkah pencegahan serta penguatkuasaan terhadap jenayah salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa;
    • Melaporkan dan memberi peringatan kepada Jabatan/Agensi terhadap tindakan yang perlu diambil berdasarkan teguran-teguran audit dan Laporan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU);
    • Memantau laporan-laporan yang dikemukakan oleh Jabatan/Agensi bagi memastikan penjawat awam di setiap jabatan/agensi tidak terlibat dengan tata kelakuan yang boleh memberi ruang terhadap penyelewengan. Laporan-laporan tersebut adalah;
    1. Laporan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam;
    2. Laporan Kedudukan Pendapatan Bersih Yang Kurang Daripada 40% Emolumen Bulanan;
    3. Laporan Kad Perakam Waktu; dan
    4. Laporan Statistik Penjawat Awam.
  3. Adakah rancangan Kerajaan untuk menggubal Whistleblower Act?

    Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) telah digubal di peringkat Persekutuan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menggubal suatu enakmen seumpamanya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.