Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

229) UNISEL DAN PTPTN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang melaksanakan pengajian percuma di UNISEL insiden penarikan pinjaman PTPTN baru-baru ini, walaupun tanggungjawab tersebut bawah Kerajaan Pusat? Bagaimana?

    Merujuk kepada kenyataan Dato’ Menteri Besar pada 11 Jun 2012 yang lalu Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menyediakan pendidikan percuma sekiranya, sumber dan hasil negeri diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri Selangor bukan di bayar semuanya kepada kerajaan persekutuan seperti sekarang ini. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga merancang untuk meningkatkan kualiti prasarana pendidikan tinggi di Negeri Selangor khususnya UNISEL, dari segi penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan pelan jangka pendek  iaitu melalui kaedah pencairan aset di UNISEL yang mampu memberi pulangan sebanyak RM 30 Juta kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menampung keperluan institusi pendidikan di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.