Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
182) UNISEL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri masih bercadang untuk memberi pendidikan percuma kepada penuntut UNISEL?
Sehingga kini UNISEl memang memberi pendidikan percuma melalui Skim Dermasiswa UNISEL untuk Pengajian Tahun Asas sahaja.
-
Apakah mekanisme yang digunakan oleh UNISEL untuk menjana pendapatan sendiri agar tidak bergantung sepenuhnya kepada dana Kerajaan Negeri?
Mekanisme yang digunakan oleh UNISEL untuk menjana pendapatan sendiri agar tidak bergantung sepenuhnya kepada dana Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-
- Pelan Pemasaran yang komprehensif untuk menambah bilangan pelajar.
- Sasaran 12 ribu pelajar
- OPEX sepenuhnya oleh UNISEL.
- Mendapat geran penyelidikan dari MOSTE .
- Memanafaatkan kepakaran yang dimiliki oleh staf akademik UNISEL kepada Kerajaan Negeri melalui exco-exco berkaitan.
- Mengadakan perhubungan dengan agensi-agensi luar bagi mendapat penajaan percuma untuk program-program seperti Hari Terbuka UNISEL dan Program Soul Station oleh Astro Oasis.
- Menjana pendapatan melalui aset sperti sewaan rumah kedai dan rumah-rumah di Kota Puteri;
- Sewaan apartmen pelajar dan fasiliti Universiti kepada orang luar.
- Tasik diperindah untuk disewakan bagi aktiviti riadah.