Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
107) UNISEL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan UNISEL boleh bersaing dengan Universiti lain?
Bagi memastikan UNISEL boleh bersaing dengan universiti lain , perkara-perkara berikut telah dan sedang dilakukan:
- Program yang ditawarkan dikaji dari segi kesesuaian kurikulum bagi menepati kehendak dan keperluan industri;
- Mewujudkan program yang mempunyai niche yang senang dipasarkan;
- Mewujudkan Panel Penasihat Program bagi memastikan program menepati peralihan zaman;
- Memperuntukan belanjawan yang mencukupi bagi pemasaran program-program Universiti di dalam dan luar negara;
- Memastikan barisan Pengurusan tertinggi universiti berwibawa dan berpengalaman luas dalam bidang kepakaran dikehendaki serta mempunyai track record perkhidmatan terbaik;
- Pemilihan barisan keahlian di peringkat Lembaga Pengarah dan Lembaga Universiti adalah mereka yang berwibawa, berpengetahuan baik dari segi akademik atau pengurusan serta berlatar belakang yang pelbagai;
- Terus memperbaiki (upgrade) prasarana Universiti, pengajaran dan pembelajaran serta suasana kampus bertaraf kelas pertama;
- UNISEL adalah universiti kerajaan negeri, peruntukan geran pendidikan dan penyelidikan diutamakan. Ini kerana jumlah geran penyelidikan dapat meningkatkan kesetaraan universiti di peringkat penarafan Institusi Pengajian Tinggi;
- Menambah bilangan pensyarah berkelulusan Phd. di dalam semua bidang;
- Menjadikan UNISEL kampus hijau (green campus) yang cukup menawan dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar di sini;
- Memberi pelajaran percuma di peringkat matrikulasi kepada pelajar jurusan kejuruteraan, sains dan komputer.
-
Nyatakan prestasi kewangan dan perbelanjaan UNISEL.
Prestasi kewangan dan perbelanjaan
-
Nyatakan prestasi rekrut di UNISEL sejak tahun 2006.
Prestasi rekrut di UNISEL sejak tahun 2006
Nota
*ini adalah lantikan baharu sahaja