Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

360) UNISEL

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci segala lawatan UNISEL ke luar negara sejak 2021 dengan kos yang terlibat dan apakah impak positif kepada UNISEL secara langsung dari segi peningkatan pelajar antarabangsa?

    1. LATARBELAKANG

     Hubungan kerjasama antarabangsa perlu diadakan antara Unisel dengan universiti di luar negara sebagai sebahagian daripada syarat penarafan Unisel dan SETARA yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 2 Mac 2022. Oleh itu Unisel perlu melibatkan diri dalam lawatan ke institusi pengajian di luar negara dan mengadakan hubungan kerjasama akademik.

     

    1. Salah satu kriteria penting bagi penilaian dalam SETARA dan MyRA ialah penglibatan universiti dalam program pengantarabangsaan. Program ini boleh dilaksanakan menerusi kerjasama MoU dengan universiti luar negara terutama bagi program pertukaran pelajar, pertukaran pensyarah, penyelidikan, penerbitan bersama dan lain-lain aktiviti akademik.

     

    1. Di samping itu, Unisel juga mengadakan aktiviti pemasaran di luar negara sebagai usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa belajar di Unisel kerana kadar peratusan pelajar antarabangsa dan negara asal pelajar tersebut menjadi indicator utama SETARA bagi kriteria 1.1 berkaitan kualiti dan kepelbagaian pelajar di IPT.

     

    1. Bermula tahun 2022, Universiti Selangor (UNISEL) berusaha untuk meletakkan namanya dalam pentas Pendidikan di peringkat antarabangsa. Usaha yang sedang dijalankan termasuklah mengadakan hubungan kerjasama dengan institusi pengajian luar negara, antaranya di China, Oman, Turki, Indonesia, Selatan Thailand dan Kenya.

     

     

     

     

    1. Menerusi hubungan kerjasama dengan universiti luar negara ini dapat meningkatkan peluang staf dan pelajar mengadakan program dan aktiviti akademik secara bersama, yang mana ini memberikan peluang pendedahan kepada pensyarah dan pelajar di peringkat antarabangsa.

     

    1. Oleh itu Unisel akan terus mengadakan lawatan keluar negara bagi meningkatkan hubungan kerjasama dengan IPT luar negara dan meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di Unisel.

     

    1. Kunjungan akademik dan pemasaran paling berjaya dilaksanakan ialah di China dan Oman, di mana pada masa ini terdapat 94 orang pelajar China yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Dasar dan Pascasiswazah.

     

    1. Secara keseluruhan pelajar antarabangsa di Unisel pada masa ini, seperti berikut:
    BIL NEGARA BILANGAN PELAJAR
    1 CHINA 94
    2 OMAN 63
    3 BANGLADESH 41
    4 INDONESIA 32
    5 KENYA 11
    6 SOMALIA 5
    7 IRAQ 2
    8 THAILAND 2
    9 INDIA 2
    10 PAKISTAN 2
    11 SUDAN 2
    12 AFGHANISTAN 1
    13 BURKINA FASO 1
    14 MYANMAR 1
    15 ERITREA 1
    16 SUDAN 1
    17 MALI 1
     18  CAMBODIA 1
    19 SYRIA 1
       

    JUMLAH PELAJAR ANTARABANGSA

    264

     

    1. Pelajar antarabangsa dari China yang mendominasi populasi pelajar antarabangsa di Unisel dengan bilangan seramai 94 orang atau 36%. Purata yuran yang dibayar oleh pelajar antarabangsa ialah sebanyak RM45,000/ seorang menjadikan jumlah yuran yang dibayar ialah sebanyak RM4.23 juta.  Oleh itu, bagi meningkatkan bilangan pelajar dari pChina,  Unisel akan mengadakan lawatan susulan ke provinsi lain di China.

     

    1. Populasi kedua pelajar teramai, dari Oman iaitu seramai 63 orang pelajar atau 24% daripada jumlah keseluruhan pelajar antarabangsa.

     

    • Peluang untuk meningkatkan pelajar dari Bangladesh adalah tinggi. Oleh itu Unisel akan mengadakan lawatan pemasaran ke Bangladesh.  Pada masa ini bilangan pelajar dari Bangladesh ialah seramai 41 orang atau 16% daripada bilangan pelajar antarabangsa di Unisel. Bayaran yuran pengajian yang dibayar kepada Unisel ialah sebanyak RM1.845 juta

     

    1. Peningkatkan bilangan pelajar antarabangsa dapat membantu meningkatkan pendapatan langsung Unisel menerusi yuran pengajian dan yuran asrama. Oleh yang demikian, Unisel akan meneruskan usaha menambah bilangan pelajar antarabangsa di peringkat Ijazah Dasar, Sarjana dan PhD menerusi kerjasama dengan IPT di luar negara.

     

    KESAN POSITIF LAWATAN UNISEL KE LUAR NEGARA

    1. Penganjuran Simposium dan International Conferences bersama telah diadakan antara Unisel dengan Universiti di Turki pada tahun 2022 dan di Oman dan Thailand pada tahun 2023 dan 2024.
      1. Program pelajar dalam Outbound Mobility telah diadakan dengan Universiti di Indonesia pada tahun 2024, melibatkan seramai 12 orang pelajar daripada Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. Program dijalankan selama 17 hari.

     

    • Pensyarah Unisel sebagai visiting lecturer di Suleyman Demirel University, Isparta, Turki.
    • Program pelajar dalam Outbound Mobility yang terkini telah diadakan dengan Yala Rajabhat University (YRU) melibatkan 20 pelajar Unisel daripada empat fakulti (Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan).

     

    • Unisel telah Menandatangani MoU dengan pihak YRU pada 24 Jun 2024 dan menyerahkan 20 pelajar Unisel kepada pihak YRU bagi menjalani program outbound mobility program.

     

    • Unisel akan mengadakan Program Ijazah Bersama (joint degree/dual degree/twinning programme) dengan universiti di Korea, China dan Indonesia.

     

    • Geran Penyelidikan Bersama (matching grant) antara Unisel dengan universiti di Indonesia dan universiti lain berdasarkan hubungan kerjasama akademik yang diadakan dengan universiti dari negara lain.

     

    • Menjadi penerbit bersama menerusi penulisan jurnal akademik berindek/berwasit.

     

    • Mengadakan hubungan menerusi University Sosial Responsibility (USR) untuk pendedahan pensyarah dan pelajar di peringkat antarabangsa sejak tahun 2023.

     

    • Program Inbound mobility bagi tahun 2023, seramai 46 orang pelajar dari Indonesia belajar selama 21 hari di Unisel dan bagi tahun 2024 seramai 40 pelajar dari Indonesia, 28 pelajar China dan 20 dari Thailand mengikut program inbound mobility di Unisel. Program inbound mobility menjadi sumber pendapatan sampingan Unisel.

     

    • Penglibatan 115 pelajar dari Indonesia terlibat dalam program Educational Tourism di Selangor. Secara tidak langsung telah mempromosikan Selangor di Indonesia.

     

     KOS LAWATAN UNISEL KE LUAR NEGARA ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

    Bil Negara/ Tempat Tarikh Peserta/Staf Kos

     

    1. Turki 22 Jun -30 Jun 2022 16 orang

     

    RM38,452.00
    2. Selatan Thailand (Yala, Hatyai)

     

    6 – 9 Januari 2023 7 orang RM6,856.60
    3. Padang, Bukit Tinggi Indonesia

     

    26 Februari – 2 Mac 2023 12 orang RM6,650.00
    4. Oman 21 -25 Mei 2023

     

    12 orang RM71,900.06
    5. China, (Cong Qing, Chengdu, Guangzhou)

     

    2– 8 Mac 2024 14 orang RM134,330.00
    6. China (Xi’an, Lanzhou, Nanning)

     

    18– 25 Mei 2024 10 orang RM130,500.00
    7. Selatan Thailand 23 – 26 Jun 2024 11 orang RM19,200.17

     

       

    JUMLAH KESELURUHAN

    (Perbelanjaan dari tahun 2022 hingga 2024)

     

    Purata perbelanjaan setahun ialah: RM135,962.94

     

    RM407,888.83

     

    • Peserta yang terlibat dalam aktiviti pengantarabangsaan ialah Pengurusan Unisel yang terlibat dengan MoU, dekan dan pensyarah yang terlibat dalam proses Viva voce, research progress evaluation (RPE), public lecture, candidature defense, pemasaran dan program mobility pensyarah dan pelajar.

     

    • Sebagai langkah penjimatan dan mengurangkan kos, semua peserta lawatan dikenakan bayaran komitmen antara RM1,000.00 hingga RM4,000.00 seorang bergantung kepada negara, bagi menampung sebahagian perbelanjaan, menggunakan penerbangan kelas ekonomi (walaupun pengurusan tertinggi layak menaiki penerbangan kelas perniagaan), dan penginapan secara berkongsi.

     

    • Program diatur dan disusun sendiri oleh Sekretariat/peserta dengan dibantu oleh alumni dan pelajar antarabangsa, supaya tidak banyak perbelanjaan digunakan untuk membayar pengurusan ground handling.

Lampiran

Tiada Lampiran.