Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
23) UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauhmanakah kesungguhan UNISEL dalam melaksanakan program TVET sepertimana yang telah dibentangkan dalam Bajet Selangor 2024 oleh Dato' Menteri Besar?
Unisel tidak menerima sebarang peruntukan daripada baget Selangor 2024 bagi melaksanakan program TVET.
Walau bagaimanapun Unisel telah melakukan beberapa usaha untuk menuju ke arah pengajian berasaskan TVET. Antaranya ialah:
- Mewujudkan Pusat Profesional dan Pembangunan Perniagaan (PROBIS) pada tahun 2021 untuk menjalankan kursus-kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang kemahiran. Sehingga Jun 2024, sebanyak lebih daripada 2,000 peserta telah menjalani pelbagai kursus pendek seperti Kursus Forklift Safety and Skills, Forklift Train the Trainer, OSH Coordinator, Over lead Travelling Crane (OTC) Train The Trainer dan Kursus Asas Solekan
- Mengubahsuai beberapa program melalui Curriculum Review yang dilakukan secara berkala.
- Mewujudkan kursus baru supaya kurikulumnya berfokus kepada kemahiran TVET melalui pengiktirafan Malaysian Board of Technologists.