Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
207) UNISEL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada UNISEL untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak 2013?
- Peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi pembangunan R&D Sejak Tahun 2013 sehingga Tahun 2023 adalah seperti berikut:-
TAHUN JENIS GERAN
JUMLAH DANA
2013 TIADA TIADA 2014 Direct Geran SUK : RM 65,500.00 2015 Direct Geran SUK : RM 738,600.00 2016 Direct Geran SUK RM 882,335.00 ICTBoot Camp Projek Pembangunan Pelan Strategik Program Pemeriksaan Kesihatan Pembangunan Platform Selute 2017 GPPSTI RM1,023,948.00 2018 GPPSTI (GPNS) RM 2,039,728.00 2019 SELUTE RM 50,000.00 2020 ICT BOOT CAMP
TICCRM 470,000.00 2021 ICT BOOT CAMP RM 250,000.00 2022 ICT BOOT CAMP RM 270,000.00 2023 GPNS RM 720,910.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 6,511,021.00 -
Berapakah jumlah penerbitan dan paten yang berjaya didaftarkan hasil daripada geran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ?
Jumlah Penerbitan bagi Peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi pembangunan R&D sejak Tahun 2017 sehingga Tahun 2023 adalah sebanyak 121 Artikel jurnal/prosiding yang dihasilkan melalui projek penyelidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sebanyak 67 penyertaan konferen atau ekspo penyelidikan dihadiri. Melalui penyertaan ini, sebanyak 39 anugerah telah berjaya diraih. Data yang disertakan ini merupakan data bagi Projek Geran GPPSTI dan GPNS 2017 dan 2018 sahaja. Tiada KPI penerbitan bagi penyaluran dana untuk tujuan program. Bagi projek GPNS 2023, penyelidikan ini sedang dijalankan.
-
Berapakah jumlah geran penyelidikan daripada pihak luar (dalam dan luar negara) yang diperolehi oleh pihak UNISEL sejak 2013?
Jumlah geran penyelidikan daripada pihak luar (dalam dan luar negara) yang diperolehi oleh UNISEL adalah seperti berikut:-
- Jumlah Paten Peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi pembangunan R&D Sejak tahun 2017 sehingga tahun 2023 iaitu:-
BIL JENIS JUMLAH 1. Hak Cipta 24 2. Tanda dagang 4 3. Paten 1 - Data yang disertakan ini merupakan data bagi Projek Geran GPPSTI dan GPNS 2017 dan 2018 sahaja Bagi projek GPNS 2023, penyelidikan ini sedang dijalankan. Tiada KPI harta intelek bagi penyaluran dana untuk tujuan program.
- Jumlah geran Penyelidikan daripada pihak luar adalah berjumlah RM10,433,591.00. Dana yang diterima bagi projek geran penyelidikan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, MOSTI dan lain-lain industri.
NOTA:
GPPSTI – Geran Penyelidikan dan Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi
GPNS – Geran Penyelidikan Negeri Selangor
SELUTE – Pembangunan Kandungan Digital Menggunakan Platform
www.SELUTE. my ( Projek Sistem Pendidikan Multimedia)