Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
208) UNISEL
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah UNISEL tidak mempunyai ramai pelajar berketurunan Cina?
Sebab mengapa UNISEL tidak mempunyai ramai pelajar cina tidak diketahui kerana tidak ada kajian yang dibuat. Pihak UNISEL sedia sedar akan keadaan ini dan kini mula membuat tumpuan pemasaran ke atas masyarakat cina.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak UNISEL bagi menarik lebih ramai pelajar Cina untuk ke UNISEL?
Usaha dan langkah telah mula diambil, seperti membuat iklan kemasukan di surat khabar-surat khabar berbahasa cina. Lawatan promosi ke sekolah-sekolah cina juga telah dibuat dan akan dipertingkatkan secara berterusan.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengiktiraf kelulusan Sek. Men. (Persendirian) Cina, sebagai satu keperluan bagi memasuki UNISEL?
UNISEL bersedia menimbangkan kelayakan kemasukan lulusan Sekolah Menengah (Persendirian) Cina. Namun UNISEL juga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat kemasukan seperti yang ditetapkan oleh pihak MQA yang bertanggungjawab kepada Kementerian Pengajian Tinggi.