Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

128) UNISEL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah strategi Kerajaan Negeri supaya UNISEL dapat mencapai kedudukan dalam 100 universiti terbaik di dunia sejajar dengan visi UNISEL

    1. Abad ke 21 merupakan abad perubahan (change) dan pembangunan yang deras. Ledakan ilmu pengetahuan, kemajuan “cutting edge” di dalam bidang sains dan teknologi, globalisasi dan kehabisan sumber daya ( depleting resources) telah membawa setiap sfera kehidupan berdepan dengan tekanan yang hebat dalam senario yang sentiasa

     

    Pendidikan adalah amat penting dan harapan terhadapnya menggunung tinggi. Ini kerana pertumbuhan nasional dan “knowledge economy” yang menjadi tunjang kepada pembangunan bangsa banyak bergantung kepada pendidikan.

    Kecemerlangan akademik adalah pra syarat kepada pendidikan berkualiti tinggi. Universiti-universiti di dunia hari ini berdepan dengan tekanan untuk menjadi cemerlang dan oleh yang demikian berlumba-lumba bukan sahaja untuk menyeragamkan program-program akademik di peringkat nasional tetapi perlu berfikir dan bertindak secara global. Strategi yang diambil oleh kerajaan negeri agar UNISEL dapat mencapai kedudukan berkenaan adalah:

     

    1. Berusaha mengekal kemampuan berdaya saing dalam zaman dan suasana berbentuk “cut-throat competition” ini. Berdepan dengan situasi ini, banyak program-program dilancarkan untuk memperbaiki dan menjamin kualiti; kurikulum sentiasa ditambah baik, diperhalusi, dimoden dan dikemaskinikan; Program-program berbentuk ‘multi-disiplinary’ telah dibina dan

     

    1. Kebanyakan universiti hari ini mengguna pakai beberapa kaedah atau model yang lazimnya diamalkan oleh dunia korporat bagi melonjakkan pencapaiaan dan kecemerlangan akademik universiti. Ini termasuklah model-model kualiti dan pendekatan penilaian institutional seperti Malcolm Baldridge National Quality Award (MBNQA), European Foundation Quality

     

    Model (EFQM), International Organization for Standardisation, Deming Prize, Australian Quality Awards dan Balance Scorecards dll.

     

    • Dalam tempoh 14 tahun, Unisel telah berjaya membina suatu warisan yang kaya yang menjadikannya terkenal dengan program-program peringkat sarjana muda dan pasca-sarjana di samping mempamirkan kecemerlangan akademik yang membanggakan;

     

    1. Menambah baik prasarana fizikal, kemudahan-kemudahan, metodologi- metodologi pengajaran (teaching methodologies) yang canggih dan ketelitian akademik (academic rigour) yang terdapat memungkinkan Unisel mempunyai “a special place” di dalam landskap dunia akademik di Selangor dan Malaysia;

     

    1. Ini dibuktikan lagi dengan para lepasan Unisel mendapat nilaian tinggi oleh majikan disebabkan ketramplian berkomunikasi, kepemimpinan dan kemampuan menyelesaikan masalah. Pengiktirafan pada “exemplary performance” ini menyebabkan program dan ijazah Unisel diakui di peringkat nasional dan global oleh sektor korporat, akademia dan pemerintah;

     

    1. UNISEL berhasrat dan sedang dalam rangka memperkenalkan budaya akademik tersendiri yang boleh menjamin kemampanan kecemerlangannya di samping bersungguh-sungguh berusaha menjadikan para pensyarahnya “the model of everything” – dari segi kecemerlangan akademiknya sehingga kepada peribadi unggul dan mithali yang boleh menjadi ikutan kepada para pelajarnya;

     

    • Perancangan dan inisitiatif termasuk mengintegrasikan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan; menjadikan kualiti akademik suatu keutamaan; memajukan para pensyarah dan para pelajarnya bertaraf dunia; memperkuatkan kolaborasi berbentuk interdisciplinary; menggalak dan memperbaiki kolaborasi universiti dengan dunia bisnes, industri dan pemerintah; mewujudkan iklim kampus yang “welcoming and accepting” kepada semua; meningkatkan teknologi maklumat dan pengajian jarak jauh serta menjadikan kurikulumnya betul-betul bertaraf dunia;

     

    • UNISEL cukup  komited  kepada   inovasi,   pengambilan   staf   akademik   yang   cemerlang   dan   pengkayaan   kurikulum    yang    akan menjamin misi, visi dan matlamat (goals) kami tercapai.
  2. Apakah jenis pengukuran yang digunakan mengukur prestasi UNISEL pada masa ini?

    Jenis pengukuran yang digunakan bagi mengukur prestasi UNISEL pada masa ini adalah melalui indikator berikut :

     

    1. Kebolehpasaran graduan UNISEL (`employability rate’);

     

    1. Kelas ijazah    –    peratus    graduan   yang    dikeluarkan   oleh   UNISEL berdasarkan kelas ijazah;

     

    • Kualiti Akademik – Pembelajaran dan Pengajaran;

     

    1. Penyelidikan – geran penyelidikan yang diperolehi daripada agensi pusat dan agensi Kerajaan Negeri;

     

    1. Kestabilan kewangan UNISEL;

     

    1. Penerbitan Universiti.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.