Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
55) UBAHSUAI TANPA KELULUSAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat banyak rumah kediaman terutamanya rumah teres yang telah melakukan ubahsuai pada struktur masing-masing tanpa memohon kelulusan daripada PBT. Walau bagaimanapun, dengan mengambil pertimbangan keadaan politik bahawa agar mustahil untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas pada mereka kerana jumlah yang terlibat mungkin sebanyak melebihi 70%, adakah Kerajaan merancang untuk merancang program pemutihan dengan kos yang tidak memberatkan beban pemilik?
Program Pemutihan Ubahsuai/ Tambahan Bangunan telah dilaksanakan dengan mengenal pasti binaan tanpa kelulusan. Sebagai permulaan beberapa langkah telah disusun bagi memastikan program ini berjaya antaranya ialah dengan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:
- Membuat inventori di tapak dengan mengenal pasti kediaman yang telah membuat tambahan/ pindaan dengan atau tanpa kelulusan daripada PBT;
- Mengeluarkan Notis kepada pemilik-pemilik yang tidak mengemukakan permohonan untuk kelulusan pelan tambahan/ pindaan;
- Mengeluarkan Surat Pemberitahuan dan Tawaran bagi program pemutihan untuk mengemukakan pelan tambahan/pindaan sama ada menggunakan khidmat Perunding atau Buku Pelan Setara yang disediakan oleh PBT dalam tempoh terhad yang diberikan;
- Melonggarkan syarat-syarat biasa yang dikenakan; dan
- Menggenakan bayaran diskaun bagi proses pelan dan denda bangunan yang telah dipersetujui oleh PBT.
Bagi kes pemilik kediaman yang enggan mematuhi arahan sepertimana yang telah dikeluarkan selepas tamatnya tempoh program pemutihan akan dikenakan tindakan yang lebih berat seperti pemberian notis perobohan dan dirobohkan oleh pihak berkuasa.