Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

278) TVET SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan pelajar yang mendaftar dalam kursus TVET dari tahun 2020 hingga sekarang.

    • Kerajaan Negeri menawarkan peluang mengikuti pengajian Kemahiran dengan tajaan melalui Program IKTISASS dan mensasarkan sekurang- kurangnya 1,000 orang graduan berkemahiran pada setiap tahun. Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2024, pencapaian sasaran 10,000 orang pelatih telah mencapai 3,844 orang pelatih iaitu 38 peratus. Momentum pengambilan pelatih merekodkan kadar yang rendah pada tahun 2020, 2021 dan 2022 dengan purata pengambilan 200 orang pelatih disebabkan pendemik Covid-19.
    • Walau bagaimanapun, pelbagai usaha promosi dan penggalakkan telah dilaksanakan terutamanya oleh pihak Selangor Technical Skill Development Center (STDC) pada tahun 2022 dan 2023. Hasilnya pada tahun 2024 jumlah pelatih yang berdaftar telah mencecah 1,172 orang.
    • Perincian rekod bilangan pelatih yang menerima tajaan di bawah Program Tajaan IKTISASS Kerajaan Negeri bagi tempoh 2020 hingga 2024 adalah seperti berikut:
    BIL. TAHUN JUMLAH PENUNTUT
    1 2020 23 orang
    2 2021 67 orang
    3 2022 456 orang
    4 2023 763 orang
    5 2024 1,172 orang
    Jumlah Keseluruhan 2,481 orang
  2. Apakah program boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kedudukan Universiti UNISEL seperti UPM atau USM?

Lampiran

Tiada Lampiran.