Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
161) TVET
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membantu belia khususnya memasuki bidang TVET?
Kerajaan Negeri Selangor memainkan peranan penting dalam memastikan belia diberi peluang untuk memasuki bidang TVET sebagai persediaan untuk memasuki dunia pekerjaan. Kerajaan Negeri melalui STDC dan beberapa institusi pengajian di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan belia menyertai bidang TVET antaranya:
- Menawarkan pembiayaan bagi program-program di bawah Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) yang menekankan ekosistem latihan kemahiran yang berorentasikan industri iaitu Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM);
- Menawarkan pembiayaan bagi Program Kemahiran Profesional di bawah IKTISASS yang ditawarkan kepada mereka yang layak. Program ini dilaksanakan dengan kolaborasi bersama beberapa syarikat dan institusi antarabangsa antaranya Siemens.Ins, Apple.Inc, FESTO, Dassault Systemes, Technical University of Munich (TUM) dan sebagainya. Pelaksanaan program ini bertujuan menggalakkan anak muda untuk mempelopori bidang baru di peringkat pengajian tinggi dan membantu penyediaan tenaga kerja dalam bidang yang berkaitan; dan
- Menyediakan pembiayaan di bawah peruntukan pembangunan (P01-Program IKTISASS) bagi membantu mengurangkan beban kewangan pelajar daripada kategori B40 dan M40 melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran TVET ini termasuk program khas Tahfiz dan Anak Yatim di bawah kendalian YIDE.
- Mempromosikan program IKTISASS dalam pelbagai program dan pameran kerjaya untuk memperkenalkan peluang dan potensi dalam bidang teknikal dan vokasional termasuklah semasa program Jobcare.
-
Mohon nyatakan institusi yang menawarkan program ini di Selangor.
Buat masa ini, Program IKTISASS ditawarkan di tiga (3) institusi utama di bawah Kerajaan Negeri Selangor iaitu Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS). Namun, STDC berperanan sebagai pusat latihan kemahiran utama di Negeri Selangor yang menyediakan pelbagai program teknikal dan vokasional yang disesuaikan dengan keperluan industri semasa.
STDC Kampus Kuala Selangor berfungsi sebagai pusat latihan utama bagi program TVET dengan menawarkan pelbagai kursus kemahiran yang menekankan pembelajaran praktikal dan teori. Kampus ini dilengkapi dengan kemudahan moden bagi memastikan pelajar menerima latihan berkualiti tinggi yang sejajar dengan keperluan industri.
Selain itu, STDC turut memperluaskan akses latihan kemahiran melalui STDCx di Shah Alam yang berfungsi sebagai pusat latihan yang memfokuskan kepada kursus profesional bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir dalam pelbagai sektor industri termasuk dalam pengilangan termaju, industri revolusi 4.0, digital twin, dan lain-lain.
-
Jika ada nyatakan program yang ditawarkan untuk tahun 2025.
Berikut merupakan butiran program yang ditawarkan bagi tahun 2025:
- STDC Kuala Selangor
Bil. Bidang Nama Program 1. Automotif Perkhidmatan Pembaikan – Kenderaan Ringan Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan Selepas Jualan – Operasi Servis 2. Motosikal Motosikal & Perkhidmatan Pembaikan Motosikal & Perkhidmatan Pembaikan 3. Elektrik Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Satu Fasa Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa Integrated SKM 3 + PW4 Pendawai Elektrik Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian Pendawai Elektrik Tiga Fasa Dengan Endorsan Pengujian 4. Penyaman Udara Pemasangan & Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) 5. Sistem Komputer Operasi Sistem Komputer Pentadbiran Sistem Komputer 6. Kulinari Penyediaan & Penghasilan Makanan 7. Pastri Pembuatan Pastri 8. Pembuatan Pakaian Wanita Pembuatan Pakaian Wanita Operasi Teknikal Pakaian Wanita - STDC Shah Alam
Bil. Kursus 1 Program Pensijilan Profesional Siemens -(PLCCP) 2. Program pengenalan kepada pensijilan profesional (BPLC) 3. Program Pensijilan Siemens – Certified Digital Professional (CDP) 4. Program Pensijilan Siemens – Basic Digital Industry (BDI) 5. Program Persijilan Siemens-SMSCP Level 1 6. Program Pensijilan Apple (Application Developer SwiftUI)
7. Program Pensijilan Apple (Application Developer SwiftUI Intermediate)
8. Program Pensijilan Apple (Content Creator) 9. Program Pensijilan Apple (Integration System Specialist) 10. Program Pensijilan Festo – Centre for Digitalisation, Technology and Innovation (CDTI) 11. Program Persijilan Basic 3DEXPERIENCE 12. Program Persijilan 3DEXPERIENCE Professional