Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
227) TV SELANGOR DAN SELANGOR KINI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan memberi statistik terkini hit-rate laman web TV Selangor.
- Hits TVSelangor menurut catatan CMS atau Contents Management System ialah seperti berikut:
Januari 2010 – 5.14 juta
Februari 2010 – 10.5 juta
Mac 2010 – 13.8 juta
-
Apakah cara-cara yang telah dilakukan untuk memperkasakan TV Selangor dan Selangor kini supaya ianya mampu bersaing dengan media aliran utama?
- Cara memperkasakan TV Selangor ialah dengan usaha-usaha berikut:
- Meningkatkan kuantiti program agar benar-benar merakyat. kini TV Selangor berupaya menyiarkan bahan atau program secara live untuk enam jam sehari. penambahan program terbitan sendiri akan membantu proses “habit forming” atau kesetiaan kepada saluran webtv
- Menambah kualiti dengan tumpuan kepada program berita dan ehwal semasa. baik mutu penyampai mahupun teknik penerbitan harus
- Membuat Promosi: Rancangan diatur untuk memperkenalkan tvselangor.com kepada khalayak penonton, terutama di luar bandar melalui sebaran vcd dan dvd serta kempen terbuka atau jelajah negeri bersama agensi kerajaan seperti pendaftaran warga emas dan sebagainya.
- Iklan di laman web yang mempunyai hits tinggi dan popular. Selain itu kempen seperti menggunakan bill boards dan radio sedang