Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
180) TV SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
TV Selangor sepatutnya berperanan menyampaikan maklumat Ð maklumat penting seperti program-program kerajaan negeri kepada pihak akar umbi di samping menjadi saluran media yang bertanggungjawab bagi menjawab tohmahan-tohmahan yang di lemparkan oleh pihak pembangkang. Adakah satu kajian terperinci di buat untuk mengukur sejauh mana keberkesanan TV Selangor dalam menjalankan amanah ini ?
Oleh kerana TV Selangor pada sifatnya adalah media internet, maka ia memang mempunyai sistem pemantauan capaiannya tersendiri yang dipanggil Content Management System atau CMS. Melalui sistem ini setiap hit yang menggunakan Internet Explorer akan direkodkan masa, dan daripada sumber hit itu.
Sehingga 25 Oktober lalu, jumlah hit yang dirakamkan oleh CMS sejak satu Oktober ialah lebih 15.4 Juta hits. Rekod hits TV Selangor sepanjang tahun ini ialah
Januari: 5.14 juta Julai: 12.5 juta Februari: 10.5 juta Ogos: 8.33 juta Mac: 13.8 juta September: 8.04 juta April: 18.6 juta Oktober: 15.4 juta Mei: 9.98 juta Jun: 8.22 juta Yang menariknya dalam soal capaian internet bagi sesebuah website atau blog ialah catatan Unique Visitors. Ini akan memberi gambaran jumlah berapa ramai pengunjung baru dan bukan pengunjung berulang. Setakat penghujung Oktober dari awal tahun ini, TVSelangor mencatatkan 843,871 pengunjung unik. Apabila disilang semak dengan sistem pemantauan bebas seperti Alexa adalah didapati lebih 92 peratus daripada hits berkenaan bersumber dari dalam Negara. Justeru maklumat berhubung dasar dan keputusan kerajaan negeri memang sampai kepada khalayak sasaran; iaitu rakyat yang celik IT. Bagaimanapun setiap bahan maklumat berhubung kerajaan negeri yang dihimpunkan oleh TVSelangor tidak berakhir dengan siaran dalam web sahaja. Ia diulang-sunting dan disiarkan di khalayak ramai seperti dalam sesi Layar Rakyat yang mula dipergiatkan di seluruh negeri. Ini memberi peluang kepada rakyat yang tiada akses kepada IT untuk mendapatkan maklumat yang disebarkan. Maklumat yang dipaparkan juga diolah dalam bentuk surat siaran atau “flyers” seperti dalam isu mengembalikan hak air kepada rakyat. Maklumat ini ditokok bahan dan disebarkan menggunakan medium cetak dalam bentuk Selangor kini. Pengolahan bahan bagi menyebarluaskan maklumat berhubung inisiatif, dasar dan juga tindakan kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat juga dibuat secara pelbagai oleh TV Selangor. Ia dipersembahkan dalam bentuk berita, rencana, temubual eksklusif dan juga ada kalanya secara langsung.
-
Berapakah kos yang telah di belanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi TV Selangor dan adakah ianya berbaloi ?
Seperti disebut sebelum ini, bahan berhubung kerajaan negeri yang dikumpulkan oleh TVSelangor diproses dan dipersembahkan dalam banyak format – web, cetakan, flyers, cd. Sebagai sebuah medium kontemporari sudah pasti penyebarannya adalah lebih meluas daripada cara konvensional seperti akhbar sahaja.
Sehubungan itu, jumlah kos yang telah dibelanjakan untuk TVSelangor amat sukar untuk diceraikan daripada kos keseluruhan aktiviti media yang dijalankan oleh Communication Corporation Sdn Bhd atau CCSB. Namun sebagai perbandingan, nisbah biaya untuk aktiviti media ini adalah kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan bajet CCS atau kira-kira rm1.8 juta setahun. Satu ukuran sama ada usaha TVSelangor ini berbaloi atau tidak ialah hakikat bahawa ia berhasil untuk “menjengkelkan” pihak yang tidak senang dengan pencapaian kerajaan negeri. Tahun ini sahaja sudah dua kali ada usaha tersusun oleh pihak tertentu untuk menggodam (hacked) TVselangor. Pertama kali pada bulan Mei dan sekali lagi penghujung September. Alhamdulillah, serangan-serangan ini dapat diatasi setakat ini. Usaha ini nyata berbaloi.