Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
198) TUNTUTAN BANTUAN BENCANA ALAM (BANJIR) DI KAWASAN KAMPUNG PAYA JARAS, KAMPUNG MERBAU SEMPAK DAN KAMPUNG KUBU GAJAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan yang dikemukakan pada tahun 2024?
Jumlah permohonan bantuan bencana alam (banjir) di Kawasan Kampung Paya Jaras, Kampung Merbau Sempak dan Kampung Kubu Gajah bagi tahun 2024 adalah sebanyak 845 orang. Pecahan permohonan mengikut kampung adalah seperti jadual berikut:
BIL. KAMPUNG BILANGAN PERMOHONAN (ORANG) BILANGAN DILULUSKAN (ORANG) 1. Kampung Paya Jaras Dalam 6
6
2. Kampung Paya Jaras Hilir 156
155
3. Kampung Merbau Sempak 33
33
4. Kampung Kubu Gajah 650
644
JUMLAH KESELURUHAN
845
838
-
Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak?
Jumlah permohonan yang diluluskan adalah sebanyak 838 orang iaitu 6 orang dari Kampung Paya Jaras Dalam, 155 orang dari Kampung Paya Jaras Hilir, 33 orang dari Kampung Merbau Sempak dan 644 orang dari Kampung Kubu Gajah.
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan ditolak?
Faktor-faktor yang menyebabkan permohonan ditolak adalah sekiranya pemohon tidak mematuhi Akta Tatacara Kewangan 1957 Penubuhan dan Arahan Akaun Amanah Di Bawah Seksyen 9: Tabung Bencana Khas Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor serta Garis Panduan Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun 2023: Tatacara Pemberian Bantuan Bencana Di Bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara. Contohnya, bukan warganegara Malaysia, permohonan bertindih oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), unit rumah berbilang tingkat yang tidak terkesan bencana, rumah setinggan, rumah kedai dan premis perniagaan seperti homestay, hotel dan lain-lain.