Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
188) TUNGGAKAN PINJAMAN BOLEH DITUNTUT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan tunggakan Pinjaman Boleh Dituntut dan tunggakan hasil/ bayaran balik pinjaman/ hutang daripada jabatan/ agensi kerajaan supaya kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang lebih kukuh?
Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan tunggakan Pinjaman Boleh Dituntut dan tunggakan hasil / bayaran balik pinjaman / hutang daripada jabatan / agensi kerajaan supaya kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang lebih kukuh adalah seperti berikut:
- Mengeluarkan notis peringatan tunggakan bayaran balik pinjaman sekiranya tiada bayaran balik pinjaman diterima selepas dua (2) bulan daripada tarikh matang bayaran balik. Sekiranya tiada bayaran diterima amaun tertunggak akan dinyatakan di dalam notis bayaran balik pinjaman;
- Mengadakan sesi perbincangan / mesyuarat bersama Anak Syarikat / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan bagi cadangan-cadangan penyelesaian akaun tunggakan pinjaman seperti Penjadualan Semula Bayaran Balik Pinjaman yang lebih fleksi bersesuaian dengan kemampuan kewangan peminjam;
- Melaksanakan secara berkala Mesyuarat Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah peringkat Pejabat Daerah dan Tanah yang mana antara tindakan penyelesaian adalah seperti semakan kadar cukai tanah, pembatalan hakmilik bertindih dan pemantauan status pengeluaran Notis 6A dan 8A (Perampasan Tanah);
- Mengeluarkan surat peringatan kepada pemilik tanah agar mereka dapat menjelaskan bayaran cukai tanah;
- Melaksanakan sesi libat urus bersama penunggak terutamanya pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah yang tinggi melalui perjumpaan secara bersemuka;
- Program Ops Kutip atau door to door dipertingkatkan dengan sasaran difokuskan kepada hakmilik yang mempunyai kadar cukai yang tinggi;
- Melaksanakan kutipan kaunter van bergerak bagi memudahkan pemilik tanah membuat bayaran cukai tanah terutamanya di taman perumahan, kawasan pedalaman dan kawasan tumpuan orang ramai. Selain itu, usaha ini dijalankan sebagai satu medium hebahan kepada orang ramai dalam membuat pembayaran cukai tanah;
- Mengadakan kerjasama dengan pihak berkepentingan seperti anak syarikat/pemaju bagi mendapatkan hasil cukai tanah melalui program;
- Insentif galakan kepada penunggak yang menjelaskan tunggakan seperti pengecualian fi tunggakan cukai tanah (denda lewat) tertakluk kepada Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor 1/2022;
- Membantu penunggak cukai menyelesaikan bayaran cukai tanah secara ansuran bagi mereka yang tidak mampu untuk menjelaskan bayaran secara lump sum;
- Hebahan mengenai bayaran cukai tanah melalui laman web dan media sosial jabatan;
- Insentif kepada pembayar cukai terawal seperti pemberian cenderahati;
- Mengadakan program cabutan bertuah kepada pembayar cukai yang membuat bayaran; dan
- Mendapatkan kerjasama agensi luar seperti Jabatan Insolvensi Negara, Jabatan Pendaftaran Negara (MyIdentity), LHDN, JPJ, Majlis Perbandaran dan carian penghulu untuk mengesan penunggak tegar.