Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

97) TUNGGAKAN HUTANG KERJA-KERJA PEMBERSIHAN ALAM FLORA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah tunggakan hutang kerja-kerja pembersihan oleh Alam Flora sejak 5 tahun yang lalu mengikut susunan PBT ?

    Senarai tunggakan hutang PBT Negeri Selangor kepada Syarikat Alam Flora adalah seperti di Lampiran A.

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan hutang tersebut tidak dilunaskan secara tuntas ?

    Bagi Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), punca utama kegagalan membayar tunggakan kepada pihak Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) adalah disebabkan hasil pendapatan MDSB yang rendah dan hanya mencukupi untuk bayaran emolumen, utiliti dan kos-kos Manakala Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan punca tersebut daripada kelewatan tuntutan bayaran oleh pihak AFSB. Selain daripada itu, tuntutan bayaran yang dikemukakan tidak memenuhi spesifikasi prosedur kewangan dan dokumen tuntutan bayaran yang tidak lengkap merupakan punca hutang tersebut tidak dapat dilunaskan dengan cepat.

  3. Sila nyatakan bagaimanakah kaedah penyelesaian yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui setiap PBT ?

    Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berhutang dengan pihak Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB). Antara kaedah penyelesaian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan menilai semula kadar bayaran kepada pihak AFSB perlu dikaji semula dengan merombak spesifikasi kerja, kekangan kerja dan kadar (rate) perkhidmatan supaya bayaran bulanan dapat dikurangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.