Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

139) TUNGGAKAN HASIL CUKAI TANAH

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah tunggakan hasil cukai tanah mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor mengikut tahun bermula 2017 sehingga kini.

    Untuk makluman YB. Sungai Burong, pada 31 Disember 2017, jumlah tunggakan cukai tanah bagi seluruh Selangor adalah berjumlah RM276,307,971.18. Pecahan tunggakan mengikut daerah, Klang adalah sebanyak RM22,455,197.16, Kuala Langat RM4,282,767.96, Kuala Selangor RM4,804,430.54, Hulu Langat RM29,252,741.23 diikuti Hulu Selangor RM23,087,957.20, Petaling RM148,574,217.26, manakala untuk Gombak pula adalah sebanyak RM42,841,299.11, Sepang sebanyak RM608,210.83 dan akhir sekali Sabak Bernam sebanyak RM401,149.89.

    Manakala pada 31 Disember 2018, jumlah keseluruhan tunggakan cukai tanah bagi Negeri Selangor adalah berjumlah RM250,880,896.75. Pecahan tunggakan mengikut daerah adalah seperti berikut iaitu, Daerah Klang sebanyak RM41,705,273.72, Kuala Langat RM3,406,230.45, Kuala Selangor sebanyak RM5,206,037.11, Hulu Langat RM26,549,827.36, Hulu Selangor sebanyak RM25,362,434.63, Petaling RM100,737,352.70, Gombak RM41,729,338.87, Sepang RM5,660,552.87 dan Sabak Bernam sebanyak RM523,849.04.

    Untuk tahun 2019 pula, sehingga 31 Disember, jumlah tunggakan cukai tanah bagi seluruh Selangor adalah berjumlah RM131,407,393.64. Pecahan tunggakan mengikut daerah, Klang adalah sebanyak RM23,218,493.41, Kuala Langat RM2,520,603.68, Kuala Selangor RM3,830,578.43, Hulu Langat RM15,447,469.88 diikuti Hulu Selangor RM16,067,114.62, Petaling RM46,399,364.43, manakala untuk Gombak pula adalah sebanyak RM19,224,170.51, Sepang sebanyak RM4,431,041.08 dan akhir sekali Sabak Bernam sebanyak RM358,557.60.

    Sehingga 30 September 2020, jumlah tunggakan cukai tanah yang masih belum dikutip adalah sebanyak RM155,629,247.98 dengan pecahan mengikut daerah iaitu bagi daerah Klang adalah sebanyak RM26,713,407.42, Kuala Langat RM3,149,920.76, Kuala Selangor RM4,364,150.37, Hulu Langat RM18,288,804.00 diikuti Hulu Selangor RM19,404,545.35, Petaling RM51,791,959.05, manakala untuk Gombak pula adalah sebanyak RM25,845,317.37, Sepang sebanyak RM5,610,683.24 dan akhir sekali Sabak Bernam sebanyak RM460,460.42.

    Jadual jumlah tunggakan cukai tanah yang belum dikutip mengikut daerah berbanding jumlah perlu dikutip pada 31 Disember 2017, 31 Disember 2018, 31 Disember 2019 dan sehingga 30 September 2020 seperti di lampiran.

  2. Nyatakan jumlah tunggakan hasil cukai tanah yang masih belum dikutip mengikut daerah sehingga kini.

    Jumlah Tunggakan Hasil Cukai Tanah yang masih belum dikutip mengikut daerah sehingga 30 September 2020 adalah seperti berikut:

  3. Apakah langkah-langkah berkesan yang telah diambil untuk mengutip tunggakan hasil cukai tanah tersebut?

    Antara langkah-langkah berkesan yang telah diambil untuk mengutip tunggakan hasil cukai tanah adalah dengan penguatkuasaan surat peringatan dan Notis 6a sebagai amaran untuk penunggak cukai menjelaskan tunggakan cukai tanah. Selain itu juga, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pengurusan Hasil, Perbendaharaan Negeri selangor telah menyediakan fasiliti van bergerak bagi setiap daerah untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti kutipan luar. Melalui kaedah ini, Unit Hasil Pejabat Daerah dan Tanah dapat membuat kutipan cukai secara lebih bersasar di kawasan yang ditetapkan dan juga memudahkan urusan pembayar cukai untuk membuat bayaran cukai mereka. “Ops Ketuk” yang dilaksanakan oleh Unit Hasil Pejabat Daerah dan Tanah yang menyasarkan hakmilik-hakmilik mempunyai tunggakan cukai tanah yang tinggi juga adalah merupakan pendekatan yang diambil dalam usaha untuk menggurangkan tunggakan cukai di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.