Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

12) TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah tunggakan hasil tanah di kesemua Pejabat Tanah dan Daerah di Selangor.

    Jumlah tunggakan hasil tanah di kesemua Pejabat Tanah dan Daerah di Selangor sehingga 30 Jun 2017 adalah seperti jadual di bawah:

    JUMLAH TUNGGAKAN HASIL TANAH MENGIKUT DAERAH SEHINGGA 30 JUN 2017
     

    DAERAH

    TUNGGAKAN 2017
      JUMLAH PERLU KUTIPAN %
      KUTIP (RM) (RM)  
    Klang 42,160,589.33 5,889,582.38 14%
           
    Petaling 157,311,731.92 12,667,132.74 8%
           
    Kuala Langat 4,710,285.29 1,438,377.27 31%
           
    Kuala Selangor 6,363,268.46 1,087,984.66 17%
           
    Sabak Bernam 828,667.22 231,466.26 28%
           
    Hulu Langat 30,811,579.91 4,134,780.35 13%
           
    Gombak 45,060,767.80 4,147,762.11 9%
           
    Sepang 6,635,420.38 865,591.44 13%
           
    Hulu Selangor 24,642,277.34 2,894,935.13 12%
         
    JUMLAH 318,524,587.65 33,357,612.34 10%

    Data Diambil Melalui Sistem e-SPHT sehingga 06 Julai 2017

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan tunggakan ini dan bilangan tunggakan yang berjaya dikutip setiap tahun sejak tahun 2010 mengikut daerah?

    Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Pejabat Tanah dan Daerah dalam menggurangkan tunggakan cukai tanah adalah seperti berikut:

    Melaksanakan pemantauan ke atas tunggakan cukai tanah melalui mesyuarat-mesyuarat seperti di bawah :

    • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil dan Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah Negeri Selangor Bersama Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah Galian Selangor (PTG Selangor) dan Bahagian Hasil Pejabat Daerah / Tanah Selangor (PDT).
    • Mesyuarat Tunggakan Cukai Tanah Anak-Anak Syarikat / Agensi Kerajaan Negeri Selangor.

    PTG Selangor mewujudkan Focus Group Penyelesaian Hakmilik Bermasalah

    Bagi hakmilik tanah bertunggakan yang bermasalah seperti hakmilik bertindih dan hakmilik belum batal, Focus Group Hakmilik Bermasalah telah diwujudkan oleh PTG Selangor dan akan bermesyuarat dari semasa ke semasa membuat siasatan bersama PDT bagi menyelesaikan kes-kes bermasalah yang melibatkan urusan tanah.

    Program Turun Padang Operasi Mengutip Cukai Tanah Tertunggak Ke Atas Penunggak Tegar

    Operasi Kutip Cukai Tanah (Ops. Kutip) ke atas penunggak tegar dilaksanakan oleh Bahagian Hasil PTGS, Bahagian Pengurusan Hasil, Perbendaharaan Negeri Selangor (BPH, PNS) bersama-sama Bahagian Hasil PDT. Operasi Ini dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu fasa pertama sebelum 31 Mei dan fasa kedua selepas 31 Mei setiap tahun.

    Kaunter Kutipan Hasil Cukai Tanah Bergerak

    Kerajaan Negeri menambah saluran kutipan cukai tanah selain bayaran on-line iaitu van kaunter hasil bergerak. Semua 9 PDT telah dibekalkan kenderaan van yang berfungsi sebagai kaunter hasil bergerak bagi memudahkan orang awam membayar cukai tanah. Ia dilengkapi dengan mesin kad debit atau kad kredit untuk kemudahan bayaran. Laporan kutipan hasil kaunter bergerak ini dilaporkan oleh semua PDT kepada  Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil dan Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah Negeri Selangor.

    Iklan Meningkatkan Kesedaran Bayaran Cukai Tanah

    Iklan dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan kesedaran orang awam tentang tanggungjawab membayar cukai tanah walaupun tidak menerima bil. Iklan ini disiarkan melalui surat khabar dalam medium Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Manakal Perbendaharaan Negeri Selangor telah menyediakan iklan televisyen yang telahpun disiarkan pada bulan April dan Mei 2017 melalui TV Selangor, radio dan juga saluran media internet.

    Manakala laporan tunggakan cukai tanah yang berjaya dikutip mengikut Pejabat Tanah dan Daerah dari tahun 2010 sehingga 2016 adalah seperti di Lampiran 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.