Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

55) TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi senarai peminjam-peminjam pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang masih belum menjelaskan tunggakan mereka serta amaun tunggakannya.

    Jumlah pelajar yang telah menerima kemudahan pembiayaan daripada TKWBNS sejak tahun 1987 sehingga 31 Ogos 2010 adalah seramai 13,217 orang, melibatkan kos berjumlah 6 juta. Daripada jumlah pinjaman tersebut, sebanyak RM8,488,564.64 merupakan pinjaman tertunggak yang melibatkan seramai 2,311 orang peminjam. Walau bagaimanapun, senarai nama peminjam yang masih tertunggak boleh didapati melalui urus setia Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS) di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memungut balik tunggakan-tunggakan ini?

    Bagi tujuan penambahbaikan terhadap operasi kutipan TKWBNS, BPSM telah mengemaskini kaedah rundingan secara panggilan telefon disamping melaksanakan langkah menyemak senarai perjawatan kakitangan awam yang berkhidmat di Negeri Selangor dan semakan maklumat peminjam melalui aplikasi HRMIS serta mengedarkan Surat Arahan Potongan Gaji.

     

    Di samping itu, BPSM turut melaksanakan secara berterusan langkah-langkah berikut:

    1. i) Menyediakan pelbagai saluran (channel) pembayaran balik pinjaman sama ada secara tunai atau online, seperti CIMB Bank Bhd., Bank Islam (M) Bhd. dan Pos Malaysia Bhd. untuk kemudahan peminjam;
    2. Mengedarkan Surat Arahan Pembayaran dalam tempoh enam (6) bulan sebelum peminjam memulakan pembayaran;
    3. Mengedarkan Surat Arahan Pembayaran dalam tempoh sebulan sebelum peminjam memulakan pembayaran bagi pelajar yang telah diberikan kelonggaran penjadualan semula (reschedule);
    4. Meningkatkan kekerapan edaran Surat Peringatan dan Penyata Kewangan kepada peminjam;
    5. Mengedarkan Surat Peringatan ke premis dan tempat kerja penjamin untuk mendapatkan kerjasama dan maklumat; dan Mengedarkan Notis Tuntutan (Letter of Demand) melalui panel peguam

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.