Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

27) TUNGGAKAN AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penghuni flet telah ramai bertukar dari penggunaan meter pukal kepada meter individu dan melayakkan mereka menikmati skim air percuma. Adakah kerajaan negeri bercadang membayar tunggakan air percuma sejak tiga tahun lalu?

    Syarat utama bagi melayakkan penghuni rumah pangsa menerima skim 20 meter padu air percuma adalah mempunyai meter individu. Penghuni rumah pangsa menggunakan meter pukal di bawah nama Syarikat Pengurusan, Perbadanan Pengurusan (MC), persatuan penduduk atau pihak-pihak lain sewajarnya melaksanakan proses migrasi bagi mendapatkan bil air secara terus dari SYABAS.

    Pada masa ini migrasi meter pukal tidak diwajibkan dan perlu dipohon oleh pemilik-pemilik individu. Permohonan migrasi ini akan diterima dengan adanya persetujuan daripada pengurusan dan juga permohonan dikemukakan oleh semua pemilik unit yang disertakan bersama dengan pembayaran deposit baru bagi semua akaun individu yang dipohon termasuk penyelesaian segala tunggakan ke atas akaun meter pukal dan pengecualian diberikan untuk keadaan –keadaan berikut:a) Pemilik berada di luar negara

    1. Pemilik telah meninggal dunia atau menukar hakmilik premis;
    2. Pemilik terbabit sedang dalam proses lelongan atau tidak dijual; dan
    3. Premis adalah kosong atau apa-apa keadaan yang mana dapat dipertimbangkan oleh Pembekal Air.

    Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor berpandangan tidak timbul isu tunggakan air percuma kerana adalah menjadi tanggung jawap setiap penghuni rumah pangsa untuk memenuhi semua pra syarat yang telah ditetapkan sebelum mereka layak menerima skim 20 meter padu air percuma.

  2. Berapakah anggaran wang diperlukan untuk membuat bayaran tersebut?

    Anggaran bayaran tunggakan akan dikenalpasti sekiranya Kerajaan Negeri membuat perancangan untuk membayar tunggakan air percuma.

Lampiran

Tiada Lampiran.