Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

74) TUMPUAN SUKAN BELIA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis sukan atau aktiviti kesukanan yang paling diminati belia/ beliawanis ketika ini?

    Berdasarkan trend masa kini, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor mengamati bahawa jenis sukan atau aktiviti kesukanan yang paling diminati oleh belia dan beliawanis ketika ini adalah seperti sukan-sukan yang bersifat santai seperti berbasikal, larian, permotoran, futsal dan bola sepak

     

    Pihak Majlis mendapati bahawa sukan-sukan yang disebutkan ini mempunyai peminat atau pengikutnya yang sentiasa mengikuti perkembangan dan menyertai aktiviti yang dianjurkan biarpun ianya bersifat santai seperti fun ride dan fun run. Manakala bagi sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, dan permotoran, jika dilihat kebanyakan padang-padang bola, gelanggang-gelanggang futsal dan badminton sentiasa dipenuhi oleh golongan-golongan belia atau beliawanis yang bermain pada waktu petang dan malam.

  2. Adakah kajian yang dibuat oleh kerajaan mengenai kecenderungan kesukanan belia dalam negeri? Apa hasilnya?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor buat masa ini tiada kajian yang spesifik berkenaan kecenderungan kesukanan belia dalam negeri. Pihak Majlis akan mempertimbangkan kajian tentang kecenderungan ini di masa akan

  3. Jelaskan tindakan kerajaan menangani gejala sosial secara holistik, aktiviti positif seperti sukan?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa membuat program yang berteraskan kesukanan kerana ianya merupakan salah satu kaedah untuk menangani permasalahan gejala sosial pada masa

    Pelbagai program kesukanan telah dirancang sepanjang tahun melalui Pembangunan Generasi Muda untuk menarik minat golongan belia khususnya untuk bersama-sama terlibat dalam program sukan yang diadakan.

    Antara program tahunan yang dijalankan adalah Pesta Sukan Gen-S iaitu melibatkan beberapa sukan yang dipertandingkan seperti bola keranjang, futsal, bola jaring dan sepak takraw. Dengan adanya penganjuran pesta sukan ini, ianya dapat membantu golongan remaja untuk berkecimpung dalam sukan-sukan ini di peringkat komuniti masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.