Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

279) TULISAN JAWI

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan Negeri untuk memartabatkan tulisan Jawi khususnya di kalangan generasi muda?

    Usaha Kerajaan Negeri melalui JAIS adalah dengan mengguna pakai tulisan Jawi dalam semua mata pelajaran Kurikulum Agama Negeri bagi Pra Sekolah, Sekolah Rendah Agama (SRA), Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFAI), Kelas KAFA Menengah (KKM), dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS). Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga melantik 18 orang Panel Pembimbing Matapelajaran (PAPEM) bagi matapelajaran jawi di seluruh negeri Selangor. Bagi tahun 2023 dan 2024, seramai 1,420 orang guru telah mengikuti Kursus, Bengkel dan Seminar Pemerkasaan Matapelajaran jawi yang dianjurkan oleh Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSPES) dan seramai 1,260 orang anjuran Pusat Kegiatan Guru (PKG).  Guru-guru JAIS juga terlibat dengan program-program anjuran JAKIM dalam usaha memartabatkan tulisan jawi.

  2. Adakah pihak JAIS mempunyai data yang melibatkan pelajar tahun 1 di sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan JAIS yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis Jawi?

    Berdasarkan dapatan JAIS, seramai 572 daripada 43,171 atau 1.3% orang murid tahun satu yang berada dalam tahap Musaadah atau perlu dibantu bagi mata pelajaran jawi.

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menyediakan peruntukan khas di dalam bajet 2025 untuk program memartabatkan tulisan Jawi & bahasa kebangsaan?

    Program-program anjuran JAIS yang dilaksanakan adalah selaras dengan fungsi JAIS sebagai agensi yang menyokong tulisan jawi dan Bahasa Kebangsaan dan pada masa yang sama JAIS menitikberatkan penggunaan tulisan jawi dan bahasa kebangsaan dalam penulisan sama ada dalam buku teks dan buku rujukan. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedia untuk menyediakan satu peruntukan khas dalam memartabatkan lagi tulisan jawi dan bahasa kebangsaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.