Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
216) TUJUAN PENGGANTIAN DERMASISWA KEPADA PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN IKHTISAS BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN JAIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Difahamkan dermasiswa STAM ditiadakan berdasarkan jawapan bertulis yang lalu, bahkan digantikan kepada program diploma Pendidikan ikhtisas bagi pegawai Pendidikan JAIS. Apakah tujuan diploma ini?
Tujuan diploma ini diadakan adalah untuk memberikan latihan ikhtisas kepada guru-guru lantikan JAIS yang terpilih mengikut bidang mata pelajaran dan jumlah bilangan peserta yang ditetapkan oleh JAIS. Program diploma ini diwujudkan dengan kerjasama Institusi Pendidikan Guru (Awam) bagi menampung yuran pengajian guru dalam bidang mata pelajaran yang kritikal di sekolah bawah seliaan JAIS
-
Apakah justifikasi kepada tindakan tersebut dan adakah ia adalah solusi kepada guru-guru KAFA yang berstatus kontrak?
Guru-guru lantikan JAIS termasuk guru-guru KAFA yang berstatus kontrak yang masih belum memiliki Diploma Pendidikan Ikhtisas boleh memohon program diploma tersebut.
-
Adakah Fast Track SPM Huffaz Negeri Selangor akan diteruskan dan bagaimanakah pelaksanaannya?
Fast Track SPM Huffaz Selangor telah mendapat peruntukan Dasar Baru bermula tahun 2020. Ianya akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan negeri bagi membantu pelajar- pelajar di sekolah tahfiz persendirian dapat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara kaedah pelakasanaannya adalah kelas akan berjalan pada setiap minggu hari Sabtu dan Ahad, Program Seminar Motivasi, Bengkel Teknik Menjawab SPM dan Kem Kecemerlangan.