Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
90) TUISYEN RAKYAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Program Tuisyen Rakyat dilancarkan untuk dimulakan di setiap kawasan DUN oleh Kerajaan Negeri Selangor. Setakat ini berapakah pusat tuisyen rakyat ini yang berjaya di buka di Selangor?
Setakat ini pusat Tuisyen Rakyat yang berjaya dibuka di Selangor adalah sebanyak 109 buah pusat Tuisyen Rakyat.
-
Nyatakan jumlah belanja yang telah dikeluarkan untuk membiayai guru-guru tenaga pengajar program ini oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Jumlah biaya guru- guru, tenaga pengajar adalah sebanyak RM 1, 254, 400.00, di mana setiap orang guru telah diperuntukkan sebanyak RM 40.00 bagi tempoh pengajaran untuk satu jam.