Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
186) TUISYEN PERCUMA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor telah pun masuk tahun kedua dan keputusan Peperiksaan SPM 2009 telah diumumkan. Apakah tuisyen ini berkesan kepada peningkatan kemajuan pelajar-pelajar ?
-
Apakah tawaran-tawaran yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kemajuan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi?
- Terdapat tiga (3) buah jabatan/ agensi di bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pembiayaan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, sama ada berupa biasiswa, pinjaman atau dermasiswa kepada pelajar-pelajar, terutamanya Anak-anak Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS seluruh negara seperti berikut:
- Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah di IPTA/ IPTS dalam pelbagai bidang;
- Yayasan Selangor yang menyediakan kemudahan Biasiswa Kecil dan Biasiswa Khas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 5, Dermasiswa kepada pelajar cemerlang Tingkatan 4 dan Pinjaman Pelajaran kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT, khususnya IPT Kerajaan Negeri Selangor (UNISEL/ KUIS/ INPENS/ IKYS); dan
- Pusat Zakat Selangor/ Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memperuntukkan dermasiswa zakat, khusus kepada-pelajar-pelajar beragama Islam yang melanjutkan pengajian di Timur
Kemudahan pembiayaan pengajian tersebut boleh diperolehi dengan membuat permohonan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan/ agensi yang berkaitan.
Selain itu juga, Kerajaan Negeri turut menawarkan bantuan kepada anak-anak Negeri Selangor yang kurang berkemampuan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi melalui program Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Negeri Selangor (Hadiah Anak Masuk Universiti). Bantuan tersebut merupakan salah satu kemudahan yang ditawarkan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), di mana bantuan tersebut berupa sumbangan insentif berjumlah RM1,000.
Bantuan tersebut merupakan satu kemudahan kepada pelajar sebelum mereka memperolehi sumber kewangan dari pihak penaja untuk mengikuti pengajian dalam bidang yang dipilih. Bantuan berkenaan juga mampu meringankan beban tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar bagi menampung kos perbelanjaan pelajar semasa di universiti kelak. Bantuan ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri bagi menunaikan tanggungjawab sosial terhadap kebajikan rakyat Negeri Selangor, terutamanya dari golongan mahasiswa IPT.
-
Apakah pula yang boleh ditawarkan kepada mereka yang tidak mendapat tempat ke IPT supaya mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak bermoral?