Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

54) TUDUHAN RASUAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah melakukan apa-apa penyiasatan dalaman berkenaan tuduhan rasuah oleh Y.B. Rafizi Ramli?

    Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang maklumat berhubung tuduhan rasuah berkenaan, oleh yang demikian tiada sebarang siasatan dalam dijalankan.

  2. Apakah mekanisme kerajaan untuk membanteras rasuah di kalangan kakitangan kerajaan?

    Kerajaan telah pun mengeluarkan Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) yang menetapkan peraturan-peraturan dan kriteria yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam, di mana ia turut melibatkan aspek-aspek pencegahan elemen rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di dalam pentadbiran kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan-arahan pentadbiran lain yang menjurus kepada elemen pencegahan rasuah seperti peraturan menerima hadiah, penglibatan dalam politik serta keahlian di dalam kelab golf oleh penjawat awam. Sekiranya semua penjawat awam mematuhi kesemua peraturan yang telah ditetapkan, ia akan memastikan pentadbiran kerajaan bebas daripada amalan rasuah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.