Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

11) TUDUHAN BAHAWA PBT SELANGOR HUTANG BIL ELEKTRIK TNB

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan menjelaskan sama ada benar bahawa PBT-PBT di Selangor, khususnya Majlis-majlis Daerah di Selangor, berhutang dengan Tenaga Nasional Berhad sehingga lampu-lampu jalan tidak dapat berfungsi seperti biasa pada waktu malam? Sila sertakan butiran dan statistik

    Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada PBT-PBT terutamanya PBT bertaraf  Majlis Daerah dakwaan tersebut tidak benar kerana tiada PBT yang berhutang dengan Tenaga Nasional sehingga menyebabkan lampu-lampu jalan tidak  dapat  berfungsi seperti biasa pada waktu malam. Walau bagaimanapun, terdapat kawasan-kawasan perumahan yang masih berada di bawah tanggungjawab pemaju dan  pihak  pemaju gagal menyelenggarakan lampu jalan dan bil lampu jalan. Pihak PBT tidak dapat membantu kerana penama bagi akaun TNB yang terlibat masih di bawah nama pemaju dan pihak pemaju masih gagal memenuhi syarat penyerahan lampu jalan kepada PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.