Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
182) TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pertubuhan Tribunal Pengurusan Strata di Negeri Selangor?
Untuk makluman YB Kinrara, Seksyen 103(1) Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) menyebut bahawa anggota Tribunal Pengurusan Strata adalah dilantik oleh Menteri, di mana tafsiran “Menteri” di dalam Seksyen 2 Akta 757 adalah Menteri yang bertanggungjawabkan dalam hal ehwal kerajaan tempatan.
Ini bermaksud bahawa, Menteri yang bertanggungjawab melantik anggota Tribunal adalah Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan Tribunal Pengurusan Strata secara keseluruhannya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
-
Senaraikan maklumat berkenaan kes-kes yang telah difailkan ke Tribunal Pengurusan Strata di luar negeri Selangor mengikut PBT.
YB Kinrara, memandangkan Tribunal Pengurusan Strata tidak diwujudkan di peringkat negeri, Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara ini.