Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

100) TREK BASIKAL DI BANDAR SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana keberkesanan pembinaan trek basikal di Bandar Shah Alam?

    Pada tahun 2012, MBSA telah membina trek basikal yang berasingan dari jalanraya sejauh 10km dengan lebar trek 12 kaki dan kos hampir RM5 juta. Ianya bukan sahaja untuk trek basikal tetapi juga adalah untuk pejalan kaki. Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, penggunaan trek basikal Nampak ketara pada hari Jumaat dan cuti hujung minggu khususnya di Pusat Bandar yang digunakan oleh warga Shah Alam, pelajar-pelajar dari Universiti Madinah dari kawasan sekitar Seksyen 3,4,6,7,8 dan 9 serta warga kerja dari pejabat kerajaan dan swasta yang menggunakan trek tersebut untuk berjalan kaki ke pusat Bandar. Bagi keluarga yang menggunakan trek basikal ini mereka merasakan lebih selamat kerana ia jauh dari laluan trafik yang membahayakan mereka. Oleh itu, MBSA yakin bahawa penggunaannya akan terus meningkat dengan kemajuan pesat Bandar Shah Alam di mana pelajar-pelajar daripada sekolah antarabangsa, SOHO dan DEMC di pusat Bandar yang akan menyumbang kepada keberkesanan pembinaan trek basikal ini. Di samping itu, pihak Tourism Selangor dengan kerjasama MBSA juga telah membincangkan ‘buggy tour’ melalui trek basikal dan pedestrian di sekeliling pusat Bandar dan Taman Tasik Shah Alam. Program pembinaan trek basikal dan pedestrian ini akan diteruskan lagi pada tahun 2015 yang akan menghubungkan Stadium Shah Alam dari pusat Bandar dengan jarak 10 KM dan anggaran kos RM 7juta.

  2. Berapakah purata pengguna trek basikal dalam tempoh sebulan?

    Pada masa ini MBSA belum membuat kajian terperinci purata bulanan terhadap jumlah penggunaan trek basikal Shah Alam. Walaubagaimanapun MBSA mengambil maklum perkara ini dan akan membuat kajian tersebut pada tahun 2015.

  3. Senaraikan program-program yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi membudayakan aktiviti berbasikal?

    Pihak MBSA telah menganjurkan program-program berkaitan aktiviti berbasikal dengan kerjasama pihak NGO, swasta dan agensi lain pada tahun 2013 dan 2014 adalah seperti jadual:-

    PROGRAM KAYUHAN SHAH ALAM 2013

    BIL PROGRAM AGENSI TARIKH/LOKASI
    1 Kayuhan Sinar Shah Alam & Kayuhan Belia Selangor (BES) 2013 Belia Selangor Februari 2013 / Dataran Kemerdekaan
    2 Kejohanan Lumba

    Basikal/ Kriterium Shah Alam 2013

    NGO 16 Februari 2013 / Depan Laman Budaya
    3 Kayuhan 60 Earth

    Hour 2013

    Worldwide Holdings Berhad / SUK /JAIS / MRCB / SIRIM QAS / UNISEL / MSU / TNB /

    Quality HotEL / Jab. kesihatan Neg. Selangor

    /PKNS (korporat

    23 Mac 2013 / Dataran Shah Alam
    4 Kayuhan Santai Shah Alam – MPSJ MPSJ 13 April 2013 / Hadapan Wisma MBSA
    5 Kayuhan Shah Alam

    Trees For Life

    Jabatan Taman &

    Rekreasi, MBSA & NGO

    21 April 2013 /Trek

    Basikal, Seksyen 4

    6 Kayuhan santai Shah Alam MBSA 18 Mei 2014/ Dataran Kemerdekaan
    7 Kayuhan Zon Bersih Bulan Jun 2013 MBSA 2 Jun 2013 /Laluan

    Basikal, Seksyen 4

    8 Kayuhan Gotong

    Royong zon Bersih

    MBSA 8 Jun 2013 /Parcel

    Seksyen 10 & 11

    9 Kayuhan Santai Shah Alam MBSA 17 Ogos 2013/ Dataran Kemerdekaan
    10 Kayuhan Santai Shah Alam ke TasikBiru, Kundang MBSA & Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 28 September 2013 / Tasik Biru, Kundang
    11 Kayuhan Komuniti Kolej Komuniti 12 Oktober 2013/Hadapan

    SACC convention center

    12 Kayuhan Syiria for life UNISEL Shah Alam 21 Disember 2013/ UiTM Shah Alam
    13 Kayuhan Jalinan Kasih Pelajar Uitm UiTM Shah Alam 21 Disember 2013/ UiTM Shah Alam

     

    PROGRAM KAYUHAN SHAH ALAM 2014

     

    BIL PROGRAM AGENSI  

    TARIKH/LO KASI

    1 Kayuhan Santai Shah Alam Edisi Pertama MBSA 26/1/2014

    Dataran Kemerdekaan

    2 Kayuhan Santai Shah Alam Edisi Ke-2 MBSA 23 Mac 2014 / Dataran Kemerdekaan Shah Alam
    3 Kejohanan Lumba Basikal / Kriterium Shah

    Alam 2013

    Kejohanan Lumba Basikal/ Kriterium Shah

    Alam 2013

    Kejohanan Lumba Basikal / Kriterium

    Shah Alam 2013

    4 Kayuhan Shah Alam Enduride 2014 Pedal Explorer (NGO) 18 Mei 2014 / Extreme Park, Sek. 13
    5 Kayuhan Si Jantung Hati 2014 Metro 24 Mei 2014 /

    Dataran Kemerdekaan

    6 Kayuhan Belia I’m for u Polis Shah Alam 31 Mei 2014/ Dataran Kemerdekaan
    7 Kayuhan “Shah Alam Trees For Life” UMW Toyota 23 Ogos 2014 / Persiaran

    Hemisfera, Seksyen U5

    8 Kayuhan Kemerdekaan ke – 57 MBSA 27 Ogos 2014/ Hadapan Wisma
    9 Majlis Pelepasan Shah Alam City Rides Tourism Selangor 20 September

    2014 /

    Dataran Kemerdekaan

    10 Program Kayuhan santai Shah Alam Night Cycle 2014 MBSA 18 Oktober 2014 / Hadapan Wisma
    11 Kayuhan Save Gaza Mercy Malaysia 25 Oktober 2014/

    Dataran kemerdekaan

Lampiran

Tiada Lampiran.