Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

116) TRANSFORMASI KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan melantik seorang timbalan YDP di setiap PBT untuk membawa transformasi dalam sistem penyampaian?

    Kajian mengenai transformasi PBT telah dilaksanakan di peringkat negeri. Segala hasil kajian telah pun dibentangkan. Walau bagaimanapun rancangan untuk melantik timbalan YDP masih di dalam kajian terperinci memandangkan ia mewujudkan perubahan struktur dan implikasi kewangan yang besar. Kajian ini merangkumi skop tugas dan kriteria yang diperlukan untuk pengisian jawatan ini dan adakah ia praktikal. Proses transformasi akan mengambil masa yang panjang. Adakah dengan mewujudkan jawatan ini ia dapat mempercepatkan proses transformasi perlu di ambil kira dan dikaji dengan lebih terperinci.

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam melaksanakan pemilihan Datuk Bandar di setiap bandar raya?

    Seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini, Pilihan raya Kerajaan Tempatan tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan undang-undang. Oleh yang demikian pemilihan Datuk Bandar akan menggunakan mekanisme sedia ada.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.