Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
52) TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menerima laporan lengkap tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada Disember 2022? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Kerajaan Negeri telah menerima laporan lengkap tersebut. Antara butirannya seperti berikut:
- Investigation Plan
- Available Information and data to date
- Desk study
- Site Investigation
- Slope Stability Analysis
- Mode and mechanism of failure
- Identification of factors contributing to the failure
- Conclusion
- Way forward
Laporan ini akan di nyah rahsia untuk paparan umum dan boleh di muat turun di laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
-
Status terkini kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan tanah runtuh di Batang Kali.
Kerja-kerja pembaikan cerun menggunakan kaedah Terralink Wall System dan kerja-kerja berkaitan di Laluan B66 Seksyen 14.0 Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan telah bermula pada 28 Mei 2023 dan dijangka siap pada 29 Mac 2024 dengan kos kontrak berjumlah RM 19 juta. Status fizikal terkini kerja pembaikan cerun ini adalah seperti berikut:
Jadual : 40.94%
Sebenar : 38.60%