Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

97) TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai laporan tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang disediakan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Laporan tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah siap disediakan oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains, JMG. Laporan tersebut disediakan mengikut kajian berdasarkan pandangan perspektif geologis (geological). Walaubagaimanapun, laporan yang lengkap (komprehensif) dalam tindakan pihak JKR Malaysia.

  2. Nyatakan kerja-kerja memperbaiki cerun runtuh tersebut termasuk kos dan tarikh siap.

    Kerja-kerja pembaikan cerun tersebut dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Mei 2023 dan di jangka siap pada pertengahan bulan februari 2024 (9 Bulan). Anggaran kos pembaikan adalah berjumlah RM 21.2 Juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.