Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

109) TRAFIK SESAK

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Aliran trafik seringkali sangat sesak di Bandar Baru Bangi sehingga menjadi cemuhan dan kacau ganggu kepada penduduk disana. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meleraikan permasalahan ini sebelum kawasan bandar ini merosot nilai dan hilang daya tarikannya?

    Jalan-Jalan utama di Bandar Baru Bangi adalah di bawah kawalselia Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat (JKR Hulu Langat).

     

    JKR Hulu Langat sentiasa memantau dan menyenggara jalan, lampu isyarat serta lampu jalan di dalam Bandar Baru Bangi bagi memastikan ianya berfungsi dalam keadaan yang optimum. Ini sedikit sebanyak membantu keadaan trafik yang sedia sesak di dalam Bandar Baru Bangi.

     

    Pihak JKR Selangor juga dalam peringkat perancangan bagi menaiktaraf dan membina jejambat di bulatan tol Bangi dan bulatan NIOSH bagi mengurangkan kesesakan keluar masuk ke Bandar Baru Bangi. Dijangka proses lantikan perunding dilaksanakan pada tahun 2023.

     

    Manakala projek menaiktaraf Jalan Reko Fasa 2 pula dalam proses pengambilan balik tanah sebelum lantikan kontraktor dan kerja naiktaraf dapat dilaksanakan. Dijangka kerja pengambilan balik tanah dapat diselesaikan pada tahun 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.