Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
219) TOWN HALL MEETING – THM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan PBT yang melaksanakn "town Hall meeting" (THM) juga kekerapan ianya dilaksanakan di setiap PBT?
Jumlah kekerapan keseluruhan Pelaksanaan “Town Hall Meeting” (THM) ialah berjumlah 49 kali bagi kesemua PBT Negeri Selangor sehingga Oktober 2017. Butiran perincian kekerapan pelaksanaan “Town Hall Meeting” (THM) mengikut PBT-PBT Negeri Selangor seperi berikut:
PBT
JUMLAH KEKERAPAN PELAKSANAAN “TOWN HALL MEETING”
MBSA 1 MBPJ 4 MPK 16 MPAJ 7 MPSJ 4 MPS 2 MPKj 5 MPSp 3 MDKL 0 MDHS 3 MDKS 1 MDSB 3 JUMLAH 49 Nota: Sumber Pihak Berkuasa Tempatan
-
Selain THM, apakah pendekatan lain yang diambil oleh PBT?
Pendekatan yang diambil oleh PBT-PBT Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
- Mengadakan Hari Mesra Rakyat;
- Mengadakan Program-program seperti gotong -royong, kesihatan, dan Alam Sekitar;
- Pembukaan Kaunter Aduan di dalam program Rasmi Majlis;
- Mengadakan sesi dialog bersama penduduk dan mengambil maklum setiap aduan dan permasalahan;
- Mengadakan Majlis Minum Petang Bersama Pengadu Tegar;
- Menggunakan kaedah “direct approach” melalui penganjuran Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan terus di kawasan perumahan;
- Menggunakan media sosial dalam mendapatkan pandangan terus penduduk dan lain-lain.
-
Sila berikan statistik isu-isu yang di bincangkan/di timbulkan oleh Rakyat semasa THM ini?
Isu-isu yang dibincangkan atau ditimbulkan oleh rakyat dan penduduk adalah seperti berikut:
- Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan berlubang longkang,lampu jalan,lampu taman, taman permainan, bonggol dan ain-lain);
- Kesihatan dan persekitaran seperti anjing liar, tikus,nyamuk, rumah- rumah kosong,kenderaan buruk dan lain-lain;
- Penyelenggaraan Landskap seperti rumput tidak dicantas;
- Kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam;
- Dewan serba guna;
- Kesesakan trafik, kenderaan berat, keselamatan seperti kacau ganggu dan lain-lain.