Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
189) TONG SAMPAH BAGI KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status tong sampah untuk Kampung Tradisi yang telah dijanjikan dahulu yang mana sebelum ini peruntukan telah diturunkan ke PBT?
Majlis Perbandaran Kuala Selangr telah melantik pembekal melalui sebutharga (No. Sebut Harga: MDKS SH 86/2021) bagi kerja-kerja membekal dan menghantar 130 unit tong jenis leach bin 1500 liter bagi pengurusan sampah di kampung-kampung tradisi dalam daerah Kuala Selangor pada bulan Oktober 2021. Penghantaran tong ada dibuat secara berperingkat ke semua lokasi yang terlibat.