Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

127) TOLAK RASUAH

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Usaha kerajaan menjadikan rakyat benci tolak rasuah dalam Negeri Selangor?

    Masalah rasuah memberi pelbagai kesan kepada negara, masyarakat dan juga individu itu sendiri. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjadikan rakyat menolak rasuah. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah seperti yang dinyatakan melalui Garis Panduan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian atau Penerimaan Rasuah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) . Inisiatif ini diperkenalkan untuk mengiktiraf penjawat awam yang melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah sekaligus menjadikan rakyat khususnya yang berurusan dengan kerajaan takut untuk terlibat dengan rasuah.

    Kerajaan Negeri juga melaksanakan Integrity Pact dalam proses perolehan kerajaan bagi mencegah ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan dan mengekang penyalahgunaan kuasa. Semua pihak yang terlibat dalam proses perolehan Kerajaan adalah dikehendaki menandatangani Integrity Pact. Syarikat atau pembida pula hendaklah menandatangani satu akuan atau perjanjian untuk tidak melakukan perbuatan rasuah dan tipuan bida dalam urusan perolehan atau pelaksanaan suatu kontrak. Akuan atau perjanjian tersebut juga menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.