Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

46) TOKONG- TOKONG YANG BERDAFTAR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah bilangan tokong-tokong cina yang sudah berdaftar di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.

    Berikut adalah bilangan tokong-tokong cina yang telah berdaftar mengikut
    pecahan daerah:-
    — — — —
    Bil Daerah Bilangan Tokong Berdaftar
    1. Gombak 26
    2. Hulu Langat 47
    3. Hulu Selangor 13
    4. Klang 143
    5. Kuala Langat 23
    6. Kuala Selangor 38
    7. Petaling 58
    8. Sabak Bernam 31
    9. Sepang 6
    JUMLAH 385

  2. Setakat ini, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu tokong-tokong cina yang berdaftar untuk mendapatT.O.L atau hak milik geran tanah ?

    Kerajaan negeri pada dasarnya tiada halangan untuk memberikan hak milik
    geran atau T.O.L kepada tokong-tokong Cina yang berdaftar dengan syarat
    tokong-tokong tersebut berada di kawasan yang dizonkan atau dirizabkan untuk
    tapak rumah ibadat bukan Islam serta bersesuaian dengan pelan perancangan
    susun atur PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.