Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
70) TIPPING FEES PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak tipping fees yang telah dibayar oleh PBT dan KDEBWM kepada Worldwide Holdings sejak 2017 mengikut jenis sisa pepejal yang diuruskan?
Jumlah tipping fee yang telah dibayar oleh PBT dan KDEBWM kepada Worldwide Holdings untuk tempoh 5 tahun dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM 292.6 juta.
-
Berapa banyak tipping fees yang telah dibayar oleh PBT dan KDEBWM kepada pengusaha landfill yang lain untuk tempoh yang sama?
Jumlah tipping fee yang telah dibayar oleh PBT dan KDEBWM kepada Worldwide Holdings untuk tempoh 5 tahun dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM 292.6 juta.