Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

108) TINJAUAN / KAJIAN TENTANG ANAK MUDA DAN PENGUNDI MUDA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada menjalankan apa-apa tinjauan atau kajian mengenai anak muda serta pengundi muda? Sekiranya ya, sila senaraikan.

    Kerajaan Negeri amat menitik beratkan aspek pembangunan belia di Negeri Selangor memandangkan lebih lima puluh peratus (50%) populasi rakyat Selangor adalah dalam kalangan generasi muda. Justeru itu, dalam usaha untuk memartabatkan aspek pembangunan belia di Selangor, Kerajaan Negeri telah melaksanakan kajian yang berkaitan dengan anak muda serta pengundi muda sebagai panduan bagi membangunkan belia di negeri Selangor.

    Di antara kajian yang telah dilaksanakan sejak tahun 2018 sehingga kini adalah sebagaimana berikut:-

    I. Kajian Keberkesanan Peranan PeBT di dalam Pembangunan Generasi Muda Selangor

    – Kajian ini telah dilaksanakan oleh IDE Research Centre Sdn Bhd pada tahun 2018 dengan kos sebanyak RM176,740.00. Ianya bertujuan untuk menentukan keberkesanan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Selangor dan juga untuk menentukan tahap pelaksanaan peranan sebagai perancang, penyampai maklumat, pembina jaringan dan penggerak pembangunan komuniti generasi muda dalam kalangan PeBT.

    II. Kajian Profail dan Pemetaan Belia Negeri Selangor

    – Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2020 oleh Universiti Teknologi Mara dengan kos sebanyak RM200,000.00. Kajian ini dilaksanakan untuk menyediakan polisi intervensi dan pembinaan indeks belia Selangor yang meliputi modal insan, penggunaan media dan domain pekerjaan. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam pembentukan polisi dan dasar-dasar
    sedia ada untuk penambahbaikan atau mewujudkan dasar baharu berkaitan dengan belia.

    iv. Kajian Keperluan dan Faktor Migrasi Belia di Negeri Selangor

    – Kajian ini telah dilaksanakan pada tahun 2021 oleh Merdeka Center For Opinion Research dengan kos sebanyak RM171,797.11. Ia bertujuan untuk mengkaji dan membentuk pola khusus kelompok belia di Selangor bagi memahami kehendak dan kecenderungan mereka seterusnya membentuk program kenegerian yang bersesuaian bagi belia memandangkan kelompok ini adalah merupakan aset kepada negara amnya dan negeri Selangor khususnya di samping mendapatkan perincian belia mengikut peringkat umur berdasarkan citarasa, keperluan dan kehendak belia serta faktor-faktor pendorong migrasi.

    v. Kajian Penyelidikan Undi 18 – Landskap Persepsi dan Impak Belia dan Masyarakat Terhadap Demokrasi di Selangor

    – Kajian ini dilaksanakan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) dan Universiti Selangor (UNISEL) dengan kos sebanyak RM112,000.00. Ia dilaksanakan ke atas masyarakat sekitar Selangor untuk melihat kesediaan dan persepsi mereka untuk mengundi pada pilihan raya ke-15 akan datang. Hasil kajian ini akan digunakan sebagai saluran dan capaian maklumat-maklumat berkaitan undi 18 bagi melahirkan cadangan pelan tindakan kepada Kerajaan Negeri bagi menang

Lampiran

Tiada Lampiran.