Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
134) TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA SR BUILDING MATERIAL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kilang SR Building and Material di Sungai Lalang, Semenyih yang menyebabkan Sungai Semenyih tercemar?
Berdasarkan rekod MPKj, mendapati premis terlibat tidak memiliki lesen perniagaan daripada pihak MPKJ.
Pihak MPKj juga telah menyemak status kelulusan pendirian bangunan kilang memproses dan menyimpan minyak hitam tersebut dan mendapati tiada sebarang kelulusan bertulis mengenai pendirian bangunan tersebut. Tindakan pengautkuasaan dijalankan terhadap pemunya bangunan berkenaan kerana telah mendirikan struktur bangunan untuk menjadikan kilang memproses dan menyimpan minyak hitam tanpa mendapat kebenaran bertulis dari MPKj. Notis di bawah Seksyen 70(1)AJPB 1974 (A133)dengan arahan Seksyen 72 (1)(b)(c) AJPB 1974 (A133) telah dikeluarkan di bawah Seksyen 70 (1) AJPB 1974 (A133) telah dikeluarkan pada 7/10/2016 tempoh 14 hari yang akan tamat pada 21/10/2016. Notis Seksyen 97 AJPB 1974 (A133) bagi arahan kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud akta ini bagi tempoh serta-merta. Notis diserahkan melalui serahan tampal di premis berkenaan. Seterusnya pihak MPKj di dalam proses menyedoakan kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan ke mahkamah bagi mendapatkan arahan perintah termesti bagi kesalahan tersebut.
-
Apakah tindakan yang akan dikenakan dan undang-undang apa yang diguna pakai untuk pendkawaan di mahkamah?
Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 untuk mendakwa kilang di
-
Berapa banyakah harta dan nilai barangan yang disita?
Antara barang yang disita adalah forklif, lori mengangkut barang, lori tangki, bahan plastik tercemar, tanah tercemar, sisa minyak enjin terpakai dan ‘solvent’ sisa kimia untuk dijadikan bahan bukti. Kerja-kerja pembersihan dan pemindahan bahan buangan berjadual dan sitaan dilaksanakan oleh Kualiti Alam dengan anggaran kos RM 21 juta. Pemulihan tanah akan dilakukan di kawasan pembersihan dan tebing sungai.