Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
196) TINDAKAN TERHADAP SALAH GUNA TANAH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap tanah kosong milik awam yang disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab?
Mana-mana tanah kerajaan yang telah dirizabkan untuk kegunaan awam akan diwarta terlebih dahulu oleh Pejabat Daerah dan Tanah. Jika berlaku pencerobohan tanah rizab, Pejabat Daerah dan Tanah akan mengambil tindakan penguatkuasaan dibawah Seksyen 425 dan Seksyen 426A Kanun Tanah Negara [Akta 828]. Jika sabit kesalahan denda tidak lebih daripada RM500,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Ribu Ringgit) atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun. Selain itu, tindakan perobohan akan dilakukan bagi menjaga rizab kerajaan supaya tidak berlaku pencerobohan berulang.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil setakat ini?
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah telah mengambil langkah-langkah tindakan penguatkuasaaan seperti merobohkan struktur atau binaan yang didirikan tanpa kebenaran di atas rizab kerajaan. Manakala tanah-tanah yang telah diwartakan dibawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara [Akta 828] akan diberi pajak dibawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara [Akta 828]. Walau bagaimanapun, sebelum apa-apa kelulusan diberikan kepada mana-mana pemohon untuk menjalankan sebarang aktiviti di atas tanah tersebut, ulasan dan pandangan daripada Jabatan Teknikal akan diperolehi terlebih dahulu bagi menilai kawasan yang dipohon bersesuaian atau tidak bersesuaian untuk digunakan bagi tujuan-tujuan yang berkaitan.