Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

119) TINDAKAN TERHADAP PENGARAH TIDAK EFISIEN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pegawai-pegawai terutamanya pengarah-pengarah Majlis yang tidak efisien untuk melaksanakan tanggungjawab?

    Tindakan tatatertib boleh diambil kepada mana-mana pegawai Pihak Berkuasa Tempatan yang melanggar tatakelakuan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Kaedah-Kaedah Pekerja (Kelakuan dan Tatatertib) 1995.

    Melalui Subkaedah 42.(1) Lembaga tatatertib boleh, jika ia mendapati seseorang pekerja bersalah kerana melanggar mana-mana peruntukan kaedah-kaedah ini, dan selepas mengambil kira keseriusan kesalahan itu, menjatuhkan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau apa-apa kombinasi dua hukuman itu atau lebih ke atas pekerja itu:

    1. Amaran;
    2. Denda;
    3. Tertakluk kepada subkaedah (2), lucut hak emolumen;
    4. Tangguh pergerakan gaji;
    5. Turun gaji;
    6. Turun pangkat; atau
    7. Buang kerja.

    Kerajaan Negeri memandang serius akan isu yang berkaitan salah laku pegawai yang memberikan imej buruk kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan penambahbaikan melalui pindaan Kaedah-Kaedah Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (Kelakuan dan Tatatertib) 2023 dan kaedah tersebut sedang dalam proses pewartaan sebelum dikuatkuasakan untuk penggunaan PBT Negeri Selangor.

  2. Nyatakan jumlah pengarah-pengarah yang pernah dikenakan tindakan mengikut PBT dari tahun 2012 hingga 2022.

    Berikut merupakan jumlah pengarah yang pernah dikenakan tindakan mengikut PBT dari tahun 2012 hingga 2022 seperti berikut:

     

    PBT

    Bilangan Pengarah yang dikenakan Tindakan

    MBSA

    2

    MBPJ

    3

    MBSJ

    4

    MPK

    1

    MPAJ

    1

    MPS

    1

    MPKj

    3

    MPSp

    1

    MPKL

    1

    MPKS

    2

    MPHS

    1

    MDSB

    0

Lampiran

Tiada Lampiran.